[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Tahanan Sosma dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat

T K Letchumy Tamboo 19/03/2013 | 04:51 MYT
Tahanan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pada ketika ini maklumat penyiasatan tentang tahanan-tahanan tersebut masih belum dimuktamadkan lagi.
“Mungkin kita akan hadapkan mereka dibawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Sosma.
“Saya tak pasti tentang tarikh tuduhan lagi,” kata beliau semasa satu sidang media di Felda Sahabat.
Hamza berkata setakat ini seramai 107 orang telah ditahan dibawah Sosma termasuk tiga orang yang ditahan pagi ini di luar kawasan Lahad Datu.
#Datuk Hamza Taib #Lahad Datu #pengganas Sulu #tiga ditahan