MALAYSIA
Tahap kecekapan infrastruktur bukan punca utama kesesakan jalan raya
Imej menunjukkan Datuk Bandar Bandung berbasikal di sekitar bandar itu. - Foto AFP/Bay Ismoyo
Kesesakan jalan raya kini menjadi rungutan hampir keseluruhan penduduk dunia terutamanya di bandar-bandar besar.
Datuk Bandar Bandung, Indonesia, Ridwan Kamil berkata masalah infrastruktur tidak perlu lagi dilihat sebagai punca utama, sebaliknya gaya hidup masyarakat yang menjadi penyumbang masalah itu.
"Infrastruktur tidak harus dipersalahkan, tetapi mungkin penyelesaian yang mudah bagi masalah ini adalah gaya hidup masyarakat.
"Contohnya, pilih tempat kerja yang berdekatan dengan rumah dan pilih mod pengangkutan yang lebih 'hijau', seperti saya menggunakan basikal untuk ke tempat kerja," kata Ridwan ketika ditemui Astro AWANI selepas menyampaikan ceramah khas sempena Festival Arkitek Kuala Lumpur di ibu negara, semalam.
Jelasnya, selepas masyarakat bersedia untuk ubah kepada gaya hidup yang baharu, penambahbaikan kepada infrastruktur boleh dilakukan.
Namun, jika kebergantungan kepada kenderaan masih tinggi, beliau yakin ia tidak akan mapan untuk masa hadapan.
"Mod pengangkutan kereta api itu perlu, tetapi perubahan gaya hidup juga amat digalakkan bagi warga Kuala Lumpur," kata Ridwan.
Ridwan tidak mengalakkan pembangunan yang tertumpu di satu lokasi dalam Kuala Lumpur, tetapi di tempat-tempat yang berlainan supaya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.
Sebelum ini, keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menaikkan kadar parkir hingga 150 peratus tidak mendapat sambutan baik terutamanya dalam kalangan pengguna media sosial.
Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, ia merupakan satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan dalam bandar.
Sementara itu, Ridwan telah menjadi Datuk Bandar Bandung sejak 2013 dengan membangunkan bandarnya berteraskan inovasi, kerjasama dan desentralisasi dan memperkenalkan pelbagai program dalam usaha membangunkan persekitaran hijau dan mapan serta mengurangkan kemiskinan.
Menggunakan latar belakangnya dalam reka bentuk urban dan seni bina telah memberikan Ridwan peluang yang unik dalam perancangan bandar Bandung dan kini bandar itu menyaksikan banyak perubahan yang tertumpu kepada kreativiti dan teknologi.