SUNGAI BULOH: Kesiapsiagaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi Monsun Timur Laut berada pada tahap 90 peratus setakat ini, kata Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Beliau berkata ini kerana masih terdapat sesi Simulasi Latih Amal Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang bermula sejak Ogos lepas dan dijangka selesai bulan hadapan, bagi memastikan pengurusan pemindahan lebih tersusun dan sistematik di semua negeri,
"Dari segi persediaan dan sukarelawan, kita sudah ada senarai nama namun kita memerlukan penyertaan lebih ramai lagi sukarelawan.
"Bagi sukarelawan berdaftar, kita akan berikan taklimat dan pengkhususan bagaimana cara nak membantu di PPS, berkaitan dengan mangsa banjir dan sebagainya," katanya selepas melawat Depoh Simpanan Keperluan Bencana Sungai Buloh di Kompleks Penyayang BAKTI di sini hari ini.
Beliau berkata kementerian itu mempunyai lapan Depoh Simpanan Keperluan Bencana iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah yang berperanan sebagai fasiliti penyimpanan bantuan bencana seperti barang keperluan asas, makanan kering dan barangan atau keperluan tambahan.
Katanya JKM turut menyediakan 140 stor negeri atau daerah sebagai persediaan selain mengenal pasti 6,010 PPS di seluruh negara bagi tahun ini berbanding 5,731 PPS pada 2021.
Pada Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan JKM bersiap sedia mengaktifkan 6,010 PPS di seluruh negara yang boleh menempatkan 1,620,855 mangsa.
Rina berkata kerajaan memperuntukkan RM9.16 juta bagi menghadapi bencana banjir tahun ini berbanding RM7.3 juta pada tahun lepas, melibatkan pertambahan sebanyak RM1.82 juta.
Ditanya mengenai isu video tular melibatkan seorang pelakon terkenal bagi mempromosi program Wanita Bangkit @ KPWKM, beliau berkata sesetengah pihak perlu berhenti mempolitikkan setiap perkara sebaliknya meneliti kandungan program dan manfaatnya kepada orang ramai.
"Saya kira dalam waktu sekarang kita jangan asyik nak mempolitikkan semua benda, kita (perlu) tengok kandungan program tersebut, apa yang lebih penting ramai yang memerlukan pembelaan dan perlu dibantu.
"Saya harap kalau Hannah Yeoh atau sesiapa sahaja nak membantu, kita alu-alukan untuk sama-sama membantu wanita memerlukan, bukan hanya tahu bercakap sahaja tetapi tidak melaksanakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun (kanan) melawat Depot Simpanan Keperluan Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (Zon Tengah) hari ini. - Foto BERNAMA
Fotofit suspek simbah asid sedang disiapkan - KPN
Menurut Razarudin, setakat ini, lebih 12 individu telah direkod keterangan.
[TERKINI] Malaysia mengalu-alukan resolusi UNGA
Malaysia mengalu-alukan penerimaan pakai Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Sidang Khas Darurat Kesepuluh yang disambung semula pada 10 Mei 2024.
Putrajaya dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Malaysia bersama dengan 77 Negara Anggota, mengundi dan menyokong Resolusi itu, sejajar dengan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi dan telah lama berpegang pada perjuangan Palestin.
Putrajaya dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Malaysia bersama dengan 77 Negara Anggota, mengundi dan menyokong Resolusi itu, sejajar dengan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi dan telah lama berpegang pada perjuangan Palestin.
Sebuah video serangan ke atas Israel dikeluarkan Hamas
Sebuah rakaman dikeluarkan Hamas pada Jumaat, mendakwa melakukan serangan ke atas tentera Israel di kawasan kejiranan di Bandar Gaza dan melepaskan bom di Beersheba, Israel.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
[INFOGRAFIK] N.06 Kuala Kubu Baharu, calon PN, Khairul Azhari Saut
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon PN, Khairul Azhari Saut. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
PRK KKB: Berkerusi roda, bertongkat demi pilih wakil rakyat
Kerusi rodanya meluncur perlahan memasuki pusat pengundian selepas melakukan perjalanan 500 meter dari kediamannya.
[INFOGRAFIK] N0.6 Kuala Kubu Baharu, calon Perpaduan, Pan Sock Tao
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon Perpaduan, Pan Sock Tao. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
OpenAI dilapor bakal lancar pembantu maya mampu kenal objek, imej
Peranti seperti Rabbit AI dan Humane AI Pin didakwa mempunyai kemampuan yang sama tetapi gagal melakukannya dengan pantas atau konsisten.
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG
Penyerang berusia 25 tahun itu tidak akan menyambung kontraknya, selepas hampir tujuh musim beraksi bersama kelab terkemuka Perancis itu.
Jemaah menteri wakil satu kampung: Perlu perincian agar pelaksanaan berkesan - Nancy
Seruan Anwar yang meminta Jemaah Menteri dan ketua-ketua jabatan mewakili sebuah kampung agar masalah disalurkan secara terus kepada platform yang tepat merupakan inisiatif baik.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Jangan biarkan ibu meroyan bersendirian di rumah - Nancy
Pasangan atau ahli keluarga tidak sepatutnya membiarkan ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai meroyan, berseorangan di rumah.
KPWKM cadang tubuh satu Anjung Kasih YKN setiap negeri
Pada masa ini terdapat 19 Anjung Kasih YKN yang beroperasi sepenuhnya termasuk terbaharu disediakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Banjir: Pegawai, kaunselor KPWKM dalam mod siap siaga
Seramai 8,543 sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dalam keadaan bersedia bagi membantu melancarkan pengoperasian di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Tambang percuma perkhidmatan Prasarana buat OKU mudahkan kebolehcapaian - Nancy
Pemberian tambang percuma perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana kepada golongan OKU membuka lebih banyak peluang dan memudahkan kebolehcapaian untuk komuniti berkenaan.
Kerajaan peruntuk RM35.8 juta kepada JKM hadapi Monsun Timur Laut 2023/2024
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM35.8 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi bencana pada tahun 2023 dan 2024.