awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
01/03/2024
11:00 MYT
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Abdul Hadi beransur pulih namun masih terhad selepas menerima rawatan susulan di hospital sejak beberapa hari lalu. - Gambar fail/Bernama
MARANG: Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, di sini pada Jumaat.
Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman yang memaklumkan perkara itu berkata, tahap kesihatan pemimpin Pas itu beransur pulih namun masih terhad selepas menerima rawatan susulan di hospital sejak beberapa hari lalu.
Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun dapat menyampaikan kuliah kira-kira satu jam hari ini.
Kuliah sama turut dihadiri Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Terdahulu media melaporkan, Abdul Hadi tidak kelihatan pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat pada 26 Februari lalu.
Semasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, kerusi Presiden Pas di barisan hadapan blok pembangkang dilihat kosong.
Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman, Abdul Hadi berdepan masalah kesihatan dan beliau masih mempunyai beberapa rawatan susulan di sebuah hospital di Terengganu.
Jelas Mohd Syahir, surat dan sijil cuti sakit sudah dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Presiden Pas
#tahap kesihatan
#kuliah Dhuha
#Marang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan