MALAYSIA

Tahap kesihatan PM Anwar memberangsangkan, boleh jalani tugas rasmi - Pengarah HSIS

Faida Rahim 18/01/2026 | 05:45 MYT
Keputusan pemeriksaan mengesahkan tahap kesihatan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) berada pada keadaan memberangsangkan.- Foto Facebook
SERDANG: Tahap kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berada pada keadaan yang memberangsangkan, kata Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.


Ringkasan AI
  • Tahap kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berada pada keadaan yang memberangsangkan menurut Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
  • Anwar menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di hospital tersebut pada Ahad dan keputusan pemeriksaan menunjukkan kesihatannya membolehkan beliau meneruskan tugasan rasmi.
  • Pemeriksaan kesihatan berkala ini mencerminkan komitmen Anwar dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terjaga.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Dr Farique Rizal Abdul Hamid dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu selepas Anwar menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di hospital berkenaan pada Ahad.

"Keputusan pemeriksaan mengesahkan bahawa kesihatan YAB Perdana Menteri berada pada tahap yang memberangsangkan, serta membolehkan beliau meneruskan semua tugasan rasmi seperti yang dijadualkan," kata beliau dalam kenyataan.


Beliau menambah, pemeriksaan berkala ini mencerminkan komitmen berterusan Perdana Menteri dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara.

Tambah kenyataan, langkah ini penting bagi menjamin keupayaan Anwar memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi.

Anwar dalam hantaran di akaun Facebook menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan di HSIS.

"Alhamdulillah. Terima kasih kepada seluruh pasukan perubatan dan warga Hospital Sultan Idris Shah, Serdang."






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah keputusan pemeriksaan kesihatan terkini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim?
    A: Keputusan pemeriksaan menunjukkan kesihatan Anwar berada pada tahap yang memberangsangkan, membolehkannya meneruskan tugasan rasmi.
  • Q: Mengapa pemeriksaan kesihatan berkala dianggap penting bagi Anwar?
    A: Pemeriksaan kesihatan berkala penting bagi memastikan keupayaan Anwar memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan kesungguhan dan dedikasi.



#Perdana Menteri #Anwar Ibrahim #pemeriksaan kesihatan #HSIS Serdang