Tahniah! Anugerah Pelancongan Kesihatan sekali lagi milik Malaysia

Umavathi Ramayah
September 23, 2020 14:36 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan tahniah kepada semua pemegang taruh sektor penjagaan kesihatan atas kecemerlangan mereka. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia terus melakar kecemerlangan dalam bidang pelancongan kesihatan bagi empat tahun berturut-turut apabila sekali lagi memenangi Anugerah Kesihatan dan Destinasi Pelancongan Kesihatan Terbaik 2019/2020.
Berita mengembirakan itu dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitternya.
"Malam ini langsung dari London, Malaysia menangi Anugerah Kesihatan dan Destinasi Pelancongan Kesihatan Terbaik 2019/2020," katanya.

Tonight live news from London, Malaysia won the Health and Medical Tourism Destination of the Year 2020 award. This award is dedicated to all stakeholders in #malaysiahealthcare excellent performance in 2019/2020. Once again my heartiest congratulations to the entire Team. pic.twitter.com/jGwI2mqkru

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 23, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kejayaan terbaharu itu diumumkan pada anugerah Pelancongan Kesihatan Antarabangsa Jurnal Pelancongan Perubatan Antarabangsa (IMTJ) yang diadakan secara dalam talian.
Dalam perkongsiannya itu, Dr Noor Hisham turut mendedikasikan anugerah tersebut kepada semua pemegang taruh dalam sektor penjagaan kesihatan atas kecemerlangan mereka sepanjang 2019/2020 dengan menggunakan hashtag #malaysiahealthcare.
"Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada keseluruhan pasukan," katanya.
#Dr Noor Hisham Abdullah #Malaysia #Noor Hisham Abdullah #perubatan