Tahniah! Negara capai sasaran 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksin - PM
Astro Awani
September 21, 2021 08:32 MYT
September 21, 2021 08:32 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan tahniah atas kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang berjaya mencapai sasarannya untuk 80 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap divaksin.
Beliau dalam ciapan terbaharunya turut memberi kata-kata semangat untuk rakyat Malaysia meneruskan usaha memerangi pandemik COVID-19.
Menurut data dari portal COVIDNOW, Kerajaan mensasarkan 80 peratus rakyat atau 26,125,920 di negara ini akan lengkap divaksinasi menjelang 16 Disember, 2021.