MALAYSIA
Tahun 1 enam tahun: Ibu bapa jangan banding perkembangan anak – Pakar
Dr Lau berkata, keputusan kemasukan awal ke sekolah di bawah RPN tidak seharusnya didorong oleh anggapan bahawa anak akan menjadi lebih pandai jika dihantar lebih awal, sebaliknya berdasarkan kesiapsiagaan sebenar.
KUALA LUMPUR: Pendekatan fleksibel yang diperkenalkan melalui Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 memberi ruang kepada ibu bapa membuat keputusan berdasarkan perkembangan individu anak, tanpa tekanan perbandingan dengan rakan sebaya.
Pakar Pediatrik dan Pensyarah Perubatan, Dr Lau Chiew Yee, berkata setiap kanak-kanak mempunyai trajektori perkembangan tersendiri, dan perbezaan kadar pembelajaran adalah perkara normal dalam proses tumbesaran.
Katanya, kebimbangan ibu bapa yang melihat rakan sebaya anak lebih maju dari segi akademik sering mencetuskan tekanan tidak perlu, sedangkan perkembangan anak masih berada dalam lingkungan normal.
“Setiap kanak-kanak berkembang pada kelajuan yang berbeza. Ada yang cepat membaca, ada yang lambat tetapi lebih baik dalam kemahiran lain.
"Apa yang penting ialah kita lihat peningkatan anak itu sendiri dari masa ke masa, bukan membandingkan dengan anak orang lain," katanya dalam diskusi di AWANI Pagi hari ini.
Dr Lau menjelaskan, di bawah RPN, keputusan kemasukan awal ke sekolah tidak seharusnya didorong oleh anggapan bahawa anak akan menjadi lebih pandai jika dihantar lebih awal, sebaliknya berdasarkan kesiapsiagaan sebenar.
“Kita kena hantar anak selepas dia sedia. Sekolah bukan hanya tempat akademik, tetapi juga untuk perkembangan emosi dan sosial.
"Jika dihantar sebelum dia benar-benar bersedia, cabaran akan jadi lebih besar dan kesan negatif itu boleh berpanjangan," katanya.
Beliau turut menegaskan, persediaan di rumah dan prasekolah yang berperingkat sebenarnya sudah memadai, dan ibu bapa tidak perlu meletakkan tekanan berlebihan terhadap anak sebelum memasuki alam persekolahan.
Perdana Menteri Datuk Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan penstrukturan semula umur kemasukan murid ke sistem pendidikan formal negara, dengan prasekolah ditetapkan bermula pada umur lima tahun dan Tahun Satu pada umur enam tahun, berkuat kuasa mulai 2027 bergantung kepada kesediaan ibu bapa.
Kementerian Pendidikan menjelaskan, kemasukan awal kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun Satu akan dilaksanakan secara fleksibel, bukan bersifat wajib dan hanya melibatkan ibu bapa serta murid yang telah bersedia.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata ibu bapa perlu menilai kesediaan anak-anak mereka sebelum pendaftaran ke sekolah, manakala KPM akan menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti tahap asas pendidikan dan keperluan khusus setiap murid.