MALAYSIA
Tahun Baharu Cina: 2,026 tanglung, kuda gergasi tarikan pelancong ke Jonker Walk
Sebanyak 2,026 tanglung digantung di kawasan Tapak Warisan Dunia, Jonker Walk sebagai simbolik tahun 2026 sempena Tahun Baharu Cina melibatkan peruntukan kira-kira RM1 juta, ketika tinjauan semalam. --fotoBERNAMA
MELAKA: Sebanyak 2,026 tanglung dipasang di kawasan Tapak Warisan Dunia, Jonker Walk di sini sebagai simbolik tahun 2026 sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini melibatkan peruntukan kira-kira RM1 juta.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk Datuk Gan Tian Loo berkata selain itu, replika kuda gergasi setinggi 5.49 meter turut ditempatkan di satu daripada pintu gerbang pusat tumpuan pelancong berkenaan.
Beliau berkata inisiatif menghias kawasan pelancongan ikonik yang disalurkan pihak swasta itu bertujuan memeriah dan mengindahkan kawasan berkenaan dengan sasaran dua juta pelancong dalam tempoh satu bulan sempena Tahun Baharu Cina.
"Hiasan tanglung digantung di semua laluan keluar dan masuk Jonker Walk termasuk enam pintu gerbang manakala replika kuda gergasi diletakkan di pintu gerbang berhampiran Jambatan Tan Kim Seng.
"Inisiatif menghias Tapak Warisan Dunia ini sejak 30 tahun lepas tanpa jemu atau terlepas kerana ia satu daripada destinasi wajib singgah pelancong tempatan mahupun antarabangsa terutama warga China sekiranya mereka berkunjung Melaka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Gan berkata sepanjang tempoh satu bulan sambutan perayaan itu di kawasan berkenaan, Karnival Tahun Baharu Cina yang merupakan acara tahunan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Melaka turut berlangsung pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan pelbagai aktiviti, program serta persembahan kesenian dan kebudayaan.
Beliau berkata aktiviti yang dianjurkan di pentas kawasan itu bukan sahaja memeriahkan suasana 'uptown' itu, tetapi juga mempamerkan pelbagai keunikan kesenian dan kebudayaan masyarakat Cina serta Baba Nyonya.
Dalam pada itu, Gan berkata 'uptown' Jonker Walk akan beroperasi pada petang ambang Tahun Baharu Cina (16 Feb) dan hari perayaan Cap Goh Mei (3 Mac) bermula 6 petang hingga 12 tengah malam.
"Kita juga akan adakan kiraan detik pada petang ambang Tahun Baharu Cina dan Cap Goh Mei selain pelbagai aktiviti kesenian dan kebuadayaan dengan anggaran kehadiran lebih 10,000 orang," katanya.
Mengenai jumlah pengunjung yang telah Melawat Tapak Warisan Dunia itu pada tahun lepas, beliau berkata angka berkenaan dianggarkan sama dengan jumlah kedatangan pelancong ke Melaka iaitu lebih 15 juta memandangkan Jonker Walk adalah satu daripada destinasi wajib dilawati pelancong selain kedudukannya terletak di tengah kawasan tumpuan pelancongan lain di Banda Hilir.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- 2,026 tanglung dipasang di Jonker Walk sebagai simbolik tahun 2026 sempena Tahun Baharu Cina, dengan perbelanjaan kira-kira RM1 juta.
- Replika kuda gergasi setinggi 5.49 meter turut diletakkan di kawasan tersebut untuk memeriahkan suasana pelancongan.
- Karnival Tahun Baharu Cina berlangsung setiap Jumaat, Sabtu, dan Ahad dengan pelbagai aktiviti, program, dan persembahan kesenian serta kebudayaan untuk menarik lebih 2 juta pelancong.