awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahun Baharu Cina: Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 20, 21, 24, 25 Jan

Bernama
Bernama
13/01/2023
12:22 MYT
Tahun Baharu Cina: Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 20, 21, 24, 25 Jan
Tujuan utama larangan itu adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MoT) akan melaksanakan penguatkuasaan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan (road-ban) sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 20 dan 21 Jan (sebelum perayaan) serta 24 dan 25 Jan (selepas perayaan) ini.
MoT dalam kenyataan memaklumkan tujuan utama larangan itu adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.
"Larangan ini dikuatkuasakan dengan mengambil kira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman. Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat kaedah/perintah serta butiran terperinci mengenai larangan berkenaan di laman sesawang www.lom.agc.gov.my.
MoT turut menasihatkan pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta memastikan aspek keselamatan menjadi keutamaan semasa memandu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#kenderaan barangan
#larangan pemanduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan