KUALA LUMPUR: Pengguna lebuh raya digalakkan mengikuti Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kerana jumlah trafik harian dijangka meningkat daripada 1.4 juta kepada 1.6 juta kenderaan bagi tempoh 28 Jan hingga 6 Feb sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Datuk Zakaria Ahmad Zabidi dalam kenyataan pada Selasa menasihatkan pengguna dari Lembah Klang yang ingin melakukan perjalanan ke utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak supaya memasuki lebuh raya sebelum 10 pagi.
"Ini juga terpakai kepada mereka yang menghala Johor ke arah selatan. Bagi destinasi berhampiran dengan Lembah Klang dan negeri lain, pengguna perlu merancang perjalanan mereka dengan memasuki lebuh raya selepas 1 tengah hari," katanya.
Beliau berkata pengguna dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, Johor dan negeri-negeri lain yang ingin menuju ke Lembah Klang pula digalakkan untuk keluar sebelum pukul 9 pagi.
Zakaria berkata TTA itu disediakan untuk panduan pengguna bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya.
"Turut penting adalah pandu dengan selamat dan sentiasa berwaspada ketika keadaan cuaca buruk, justeru rehat dan tidur yang cukup adalah penting sebelum memulakan perjalanan," katanya.
Zakaria berkata pasukan peronda lebuh raya PLUS, PLUSRonda juga sentiasa bersedia membantu sekiranya berlaku sebarang kejadian dan boleh dihubungi menerusi PLUSLine, 1800 88 0000.
Bagi memastikan perjalanan lancar semasa memasuki dan keluar dari lebuh raya bertol, pastikan kad Touch 'n Go dan e-dompet Touch 'n Go RFID mempunyai baki mencukupi setiap masa.
Kemas kini mengenai keadaan trafik terkini boleh didapati daripada fungsi CCTV perancang perjalanan Aplikasi PLUS, Twitter PLUSTrafik dan P.U.T.R.I (PLUS Unique Texting Realtime Interface) serta papan tanda elektronik di lebuh raya.
Pengguna lebuh raya juga digalakkan menggunakan aplikasi Waze dan Google Maps untuk navigasi perjalanan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022
TTA itu disediakan untuk panduan pengguna bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Lorong 'SmartLane' USJ-Seafield di Lebuhraya ELITE bermula hari ini
Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari USJ ke Seafield boleh menggunakan lorong paling kiri menerusi ujian rintis awam 'SmartLane' bermula hari ini.
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama setakat 8 malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar setakat 8 malam ini walaupun berlaku pertambahan kenderaan menjelang sambutan Aidilfitri.
Aliran trafik meningkat di lebuh raya utama
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar setakat 9 malam ini walaupun berlaku pertambahan kenderaan berikutan cuti panjang sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Lorong kiri Lebuhraya Utara Selatan arah utara masih ditutup - PLUS
PLUS berkata, bagi lorong kanan arah utara telah pun dibuka dan laluan kontra masih diaktifkan, manakala trafik pula sesak 11 kilometer arah utara dan arah selatan trafik perlahan.
Tahun Baharu Cina: PLUS nasihat pengguna ikut jadual TTA
Zakaria berkata TTA itu disediakan untuk panduan pengguna bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya.
Aidiladha: Aliran trafik lengang di beberapa lebuh raya utama
Setakat 11 pagi tadi, aliran trafik di kedua-dua arah Lebuhraya Utara Selatan juga lancar berikutan aliran trafik yang rendah.
PKPD: Laluan masuk, keluar Plaza Tol Alor Setar selatan ditutup sementara
Semua pelanggan lebuh raya boleh menggunakan laluan di Plaza Tol Alor Setar Utara untuk masuk dan keluar dari Alor Setar.
Trafik sesak di beberapa laluan Lebuhraya PLUS
Mohd Yusuf berkata, keadaan itu disebabkan berlaku peningkatan ketara kenderaan masuk ke lebuh raya sempena dengan cuti berkenaan.
PLUS tutup sementara laluan ke utara Putra Heights-USJ, Lebuhraya Elite
Sehubungan itu, PLUS akan membuka laluan kontra di KM13.5 hingga KM11.4 bagi melancarkan pergerakan kenderaan.
Kerajaan yakin PLUS mampu selesaikan hutang - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad yakin PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mampu menyelesaikan hutang syarikat konsesi itu susulan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh konsesi selama 20 tahun.