awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari

Bernama
Bernama
03/02/2025
12:31 MYT
Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Yeoh Soon Hin berkata susulan penganjuran program itu, pihaknya telah menerima permohonan rasmi daripada kerajaan negeri dan George Town World Heritage Incorporated untuk menyelaras trip perkhidmatan feri. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Perkhidmatan feri di Pulau Pinang akan ditambah tiga perjalanan untuk memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld pada 5 Feb ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Yeoh Soon Hin berkata susulan penganjuran program itu, pihaknya telah menerima permohonan rasmi daripada kerajaan negeri dan George Town World Heritage Incorporated untuk menyelaras trip perkhidmatan feri pada hari berkenaan.
"Tiga trip tambahan itu ialah dari Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di George Town ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth pada 12 tengah malam, 12.30 tengah malam dan 1 pagi.
"Inisiatif itu bagi memastikan kelancaran pergerakan pengunjung yang menghadiri program terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Majlis sambutan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Kongsi Pengkalan Chew Pulau Pinang itu dijadual bermula dari 7 malam hingga 12 tengah malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan feri
#pulau pinang
#Tahun Baharu Cina
#feri tambahan
#SPPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan