Tahun ini, jenama penjagaan kulit dari Jepun itu bersama Women Of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen disokong Watsons Malaysia meluaskan capaiannya kepada individu kurang berkemampuan dan golongan gelandangan sambil terus memberdayakan golongan wanita B40.
Sumbangan bernilai RM20,000 disalurkan kepada WOW untuk mengelola sekumpulan usahawan wanita berpendapatan rendah untuk mereka menghasilkan 1,000 balang biskut.
Di samping itu, RM30,000 disumbangkan kepada Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk menyediakan 2,040 bungkusan makanan, yang bersama biskut dihasilkan WOW akan diedarkan kepada golongan gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
Dana tersebut juga akan digunakan untuk menyediakan 44 beg barang runcit untuk diagihkan kepada keluarga yang miskin.
"Kata Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, Lim Mei Yuen, kempen yang dimulakan pada tahun 2019 bertujuan untuk memberikan wanita B40 kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi mencapai kebebasan kewangan serta meningkatkan kualiti kehidupan mereka.
"Kami sangat berterima kasih atas sokongan yang tidak terhingga daripada masyarakat dan rakan kongsi kami, yang membolehkan kami meneruskan kempen ini selama 5 tahun.
"Kami berharap dapat terus membawa keselesaan dan kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik."
Pengarah Eksekutif WOW, Lakshwin Muruga pula menekankan kepentingan bantuan yang tepat pada waktunya kepada usahawan wanita berpendapatan rendah, yang membanting tulang untuk menyara keluarga, dan sokongan Hada Labo nyata menjadi suntikan semangat buat mereka.
Sementara Pengarah Pemasaran Persatuan Kechara Soup Kitchen, Justin Cheah menyorot permintaan yang semakin meningkat untuk bantuan di kala keadaan kemerosotan ekonomi.
Persatuan Kechara Soup Kitchen sangat bergantung kepada sumbangan makanan untuk membantu mereka yang memerlukan, maka mereka amat bersyukur hadirnya sumbangan Hada Labo dan berharap kerjasama bermakna ini dapat dipanjangkan supaya misi murni mereka dapat berterusan.
Ketika kempen “We Care for Society,” setiap RM1 daripada pembelian produk pelembap Hada Labo ‘Hydrating Water Gel’ dari Watsons pada akan disumbangkan kepada usaha di atas.
Hada Labo Hydrating Water Gel, Pelembap untuk kuasa hidrasi terunggul
Sebagai sebahagian daripada kempen “We Care for Society,” Hada Labo memperkenalkan Hydrating Water Gel dengan formasi baharu yang dipertingkatkan.
Ciri utamanya merangkumi:
- Menenangkan & Antioksidan – dengan Ekstrak Kaktus dengan kuasa antioksidan untuk menenangkan kulit dan melindungi dari kerosakan radikal bebas.
- Membaiki Penghalang Kulit – dengan 2 Prebiotik untuk menguatkan skin barrier dan mengekalkan kelembapan kulit agar kekal sihat.
- Lindungi dari Cahaya Biru – dengan Carnosine untuk melindungi kulit dari blue light.
- Melembapkan kulit – dengan 4 jenis Asid Hialuronik dan Ceramide untuk mengunci dan memberikan kelembapan mendalam dan berpanjangan.
- Tekstur gel ringan amat cepat di serap ke dalam kulit agai kulit kekal segar dan lembap.
Formula Hada Labo Hydrating Water Gel bebas daripada alkohol, paraben, pewarna, minyak mineral, MIT dan Diglikol, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Produk ini boleh didapati di semua farmasi utama serta pasar raya, juga platform-platform e-dagang.
Untuk maklumat lanjut atau menyokong kempen seterusnya, layari www.hadalabo.com.my atau ikuti laman Facebook: MyHadaLabo.