awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taib Mahmud, Raghad beri penghormatan terakhir kepada Masing

Astro Awani
Astro Awani
01/11/2021
05:00 MYT
Taib Mahmud, Raghad beri penghormatan terakhir kepada Masing
Antara pemimpin negeri yang hadir mengiringi ketibaan Tun Taib termasuk Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan dan Pemangku Presiden PRS Datuk Joseph Salang Gandum. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib tiba di kediaman mendiang Tan Sri James Jemut Masing bagi memberi penghormatan terakhir kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu.
Kedua-dua yang berpakaian hitam dan putih tiba pada jam 12 tengah hari di Jalan Ong Tian Swee di sini, pada Isnin.
Antara pemimpin negeri yang hadir mengiringi ketibaan Tun Taib termasuk Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan dan Pemangku Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum.
Terdahulu pada sebelah pagi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian antara pemimpin yang hadir memberi penghormatan kepada mendiang Masing.
BACA LAPOR LANGSUNG MENGENANG JAMES JEMUT MASING DI SINI
Mengenang mendiang, Taib Mahmud berkata, "he was a good man. He served his constituency well (Masing seorang yang baik. Mendiang berkhidmat untuk kawasannya dengan baik)."
Mendiang Masing dilaporkan meninggal dunia pada Ahad selepas mengalami komplikasi setelah disahkan positif COVID-19 sebelum itu.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.
Mendiang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Baleh dari 1983.
Topic Berkaitan
#James Jemut Masing
#Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud
#Toh Puan Raghad Kurdi Taib
#Mengenang James Jemut Masing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan