[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Taikun hartanah Ting Pek Khiing meninggal dunia

Isabelle Leong 16/10/2020 | 10:55 MYT
Mendiang Pek Khiing menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun. - Facebook Bintangor Bandar Limau
HARTAWAN yang juga pemaju hartanah, Tan Sri Ting Pek Khiing meninggal dunia hari ini.
Memetik laporan portal Seehua, mendiang Pek Khiing menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun.
Berita pemergiaan mendiang telah disahkan, namun punca kematiannya masih belum dikenal pasti.
Mendiang dilahirkan di Bintangor, Sarawak pada 1945.
Mendiang terkenal kerana membina sebuah hotel di pulau peranginan Langkawi dalam tempoh 100 hari sebagai persediaan untuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 1991.
#Ting Pek Khiing #meninggal dunia #punca kematian #Langkawi #hartawan #pemaju hartanah