MALAYSIA

Tak ada limau, Syed Saddiq agih 30 komputer riba hari ini

Astro Awani 12/02/2021 | 03:00 MYT
Syed Saddiq menyemak pesanan komputer riba yang diterima sebelum diagihkan kepada pelajar yang memerlukan. - Foto Twitter/@SyedSaddiq
CUTI umum bukan bermakna cuti dari melaksanakan tanggungjawab.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggunakan kesempatan cuti umum untuk menyemak pesanan komputer riba yang diterima sebelum diagihkan kepada pelajar yang memerlukan.
"Pagi ni kita 'unboxing' 30 laptop untuk pelajar Parlimen Muar.
"Moga semua sentiasa dimurahkan rezeki tahun baru," itu kemaskini beliau di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu sebelum ini melancarkan beberapa program bertujuan megutip dana bagi membantu golongan pelajar kurang berkemampuan memiliki komputer riba peribadi.
Menerusi #BotakChallenge Disember lalu, beliau berjaya membantu kira-kira 300 pelajar, dan menerusi program ThunderBold yang baru dilancarkan, beliau berjaya mengumpul lebih RM140,000 setakat ini.
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman #Muar #pelajar #Komputer Riba #laptop