awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tak mustahil kartel ayam cari jalan belakang'

Sinar Harian
Sinar Harian
24/05/2022
23:45 MYT
'Tak mustahil kartel ayam cari jalan belakang'
Nazir Hussin gesa pihak penguat kuasa di peringkat kementerian, sempadan dan pelabuhan bekerja keras memastikan keputusan Kabinet ini dikuat kuasa dengan sepenuhnya. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa melahirkan kebimbangan bahawa keputusan Kabinet untuk menghentikan pengeksportan ayam berkuat kuasa 1 Jun ini akan gagal menyelesaikan bekalan sekiranya pemantauan dan penguatkuasaan di sempadan tidak diperketatkan.
Ketua Pemudanya, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, dengan pengharaman eksport ini, tidak mustahil kartel-kartel ayam akan mencari jalan belakang untuk menjualnya ke luar negara, sekali gus menyebabkan keputusan kabinet tidak memberi kesan mendalam kepada pasaran tempatan.
“Kita sering mendengar kisah minyak masak diseludup ke negara jiran dan beras diseludup ke negara ini. Tidak mustahil selepas ini kisah seludup ayam pula akan berkumandang.
“Justeru, pihak penguat kuasa di peringkat kementerian, sempadan dan pelabuhan harus bekerja keras memastikan keputusan Kabinet ini dikuat kuasa dengan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini, media melaporkan Malaysia menghentikan pengeksportan 3.6 juta ekor ayam sebulan berkuat kuasa 1 Jun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan itu dibuat sehingga harga dan pengeluaran ayam di dalam negara kembali stabil.
Mengulas lanjut, Nazir Hussin menambah, pengharaman eksport ini akan membolehkan kekurangan bekalan ayam di pasaran tempatan dipulihkan berikutan pada setiap bulan negara ini mengeksport sekitar 3.6 juta ekor ayam ke luar negara.
“Sudah tentu kerajaan akan dikritik oleh pengeksport ayam yang mengaut keuntungan lebih baik di pasaran luar negara berbanding pasaran tempatan.
"Namun, kerajaan tiada pilihan dan harus mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya.
Menurutnya, walaupun penternak dan peniaga ayam berhak mendapat keuntungan lebih, tetapi dengan situasi sekarang mereka perlu meletakkan kepentingan rakyat dan negara ini terlebih dahulu.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kartel ayam
#Nazir Hussin Akhtar Hussin
#pemantauan dan penguatkuasaan di sempadan
#cari jalan belakang jual ke luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan