awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak pakai pelitup muka: Dua wanita warga asing dirakam percakapan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/11/2021
20:30 MYT
Tak pakai pelitup muka: Dua wanita warga asing dirakam percakapan
Kertas siasatan dalam peringkat akhir untuk tindakan seterusnya.
KUALA LUMPUR: Dua wanita warga asing yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di Taman KLCC baru-baru ini telah dirakam percakapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kedua-dua individu berkenaan sebelum ini telah berjaya dikesan dan dihubungi untuk dirakam percakapan.
"Kedua-dua individu berkenaan telah hadir ke IPD Dang Wangi untuk dirakam percakapan.
"Kertas siasatan dalam peringkat akhir untuk tindakan seterusnya," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Pada Khamis, polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan dua wanita warga asing yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di Taman KLCC di sini.
BACA: Polis siasat dua warga asing tidak pakai pelitup muka di Taman KLCC
Tindakan kedua wanita berkenaan kemudiannya tular di Twitter baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, hasil penelitian ke atas gambar berkenaan menunjukkan kedua-dua wanita itu sedang berjalan tanpa memakai pelitup muka di laluan pejalan kaki taman tersebut.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#pelitup muka
#warga asing
#Taman KLCC
#Noor Delihan Yahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan