Tak payah kejar untuk ibu mengidam, van Milo dah depan mata

Asyraf Roslan
Mei 1, 2019 23:11 MYT
Natasya Rose Nizam bergambar bersama suami, Muhammad Azmer dan keluarganya di hadapan lori Milo yang hadir dihadapan rumahnya - Gambar Twitter @Milo Malaysia
Umpama mimpi menjadi realiti.
Mungkin itu yang dirasai oleh Natasya Rose Nizam, 23, susulan kehadiran sebuah van Milo di hadapan rumahnya di Bukit Istana, Kuantan, pada Rabu.
Natasya tidak meyangka akan dapat melihat van hijau dan menikmati air berperisa coklat yang langsung tidak sama rasanya jika dibeli di kedai mahupun mana-mana pasaraya.
Semuanya bermula apabila video rakaman ibu mentuanya yang mengejar sebuah van Milo di lebuh raya hanya untuk mendapatkan minuman Milo untuknya tular sejak beberapa hari lalu.
Usaha dilakukan selepas Natasya dikatakan mengidam untuk minum air Milo berkenaan sejak kandungannya berusia dua bulan lagi.
BACA : Menantu mengidam, mentua sanggup kejar van Milo!
Menurut Natasya, sejak awal mengandung sehingga sekarang, dia sudah minum bermacam-macam adunan air Milo, namun rasanya langsung tidak sama seperti yang dibancuh dari van Milo itu sendiri apatah lagi ia turut mengimbau kenangan semasa di sekolah.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada Milo dan pihak Nestle kerana telah merealisasikan hasratnya dan juga keluarga.

Hi @azmermerzam, kami berada di luar rumah anda! Jemput nikmati MILO yang diidamkan! pic.twitter.com/eG3swyRXrQ

— MILO MALAYSIA (@MiloMalaysia) May 1, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, video yang dimuat naik di twitter suaminya, Muhammad Azmer berdurasi hampir dua minit itu telah mendapat perhatian netizen.
Katanya video perkongsian di media sosial itu hanyalah sekadar hiburan kerana melihat usaha ibunya yang sanggup meminta pemandu lori milo berhenti di tepi jalan kerana ingin mendapatkan untuk menantu kesayangannya.

Alhamdulillah syukur rezeki Allah. Terima kasih sangat sangat kpd semua yg terlibat sampai saya boleh dapat selori milo depan rumah! Semoga kita semua dimurahkan rezeki. One of the happiest moment in my life https://t.co/OD7W0Bk1yG

— Asya (@ImNatasya) May 1, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ibu mengandung #Lori Milo #milo #Twitter #viral