awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak perlu 1.5 juta pekerja Bangladesh, latih saja rakyat tempatan - MTUC

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2015
05:09 MYT
Tak perlu 1.5 juta pekerja Bangladesh, latih saja rakyat tempatan - MTUC
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini berkata cadangan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh ke Malaysia, adalah sesuatu yang tidak perlu.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini berkata rancangan kerajaan untuk membawa masuk sejumlah 1.5 juta pekerja dari Bangladesh ke Malaysia adalah sesuatu yang tidak perlu.
Setiausaha Agung MTUC, N. Gopal Kishnam berkata kerajaan seharusnya memberi fokus untuk melatih rakyat tempatan melakukan tiga tugas yang diklasifikasikan sebagai 3D iaitu dangerous (tugas yang berbahaya), difficult (tugas yang sukar), dan dirty iaitu tugas yang kotor.
Beliau berkata kerajaan juga harus meningkatkan skala gaji bagi tugas yang merangkumi kategori 3D ini untuk menarik minat rakyat tempatan menyertainya.
“Beribu-ribu rakyat Malaysia memasuki Singapura setiap hari. Kenapa? Walaupun untuk pekerjaan yang berbahaya, susah dan kotor, mereka sanggup masuk ke republik itu setiap hari kerana faedah dan gaji yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, rakyat Malaysia yang bekerja di Singapora bukan sahaja golongan profesional, tetapi juga pekerja am dan mereka yang gagal di dalam peperiksaan.
Menekankan keperluan bagi kerajaan untuk berhenti bergantung kepada pekerja asing, Gopal berkata jumlah warga asing tanpa izin di negara ini yang sudah pun mencecah jutaan orang adalah sesuatu yang membimbangkan.
"Kerajaan perlu mencari jalan untuk menangani isu ini sebelum membuat keputusan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing," katanya.
Sebelum ini, Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan berkata angka pekerja asing -- sama ada yang masuk secara sah atau haram di Malaysia -- sudah berada di paras serius apabila jumlah mereka dianggarkan hampir 7 juta orang.
Katanya daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta yang mempunyai permit sah dan berdaftar dengan Jabatan Imigresen.
Terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata seramai 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.
Namun, menurut beliau mereka hanya akan dibawa masuk setelah kira-kira 2 juta warga asing tanpa izin yang berada dalam pasaran kerja di negara ini dibawa keluar terlebih dahulu.
Katanya lagi, langkah membawa masuk pekerja dari Bangladesh adalah bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap kekurangan pekerja di sektor perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.
Topic Berkaitan
#3D
#Bangladesh
#Gopal Kishnam
#latih
#MTUC
#pekerja asing
#rakyat tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan