UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Tak perlu escort, tak payah protokol, netizen puji PM solat Jumaat 'sendirian' di Masjid Putrajaya

Pendakwah bebas Ustaz Rahim Azhari berkata, tindakan Ismail Sabri itu adalah contoh terbaik pemimpin negara.

Gempak
Sat Oct 16 2021
Tak perlu escort, tak payah protokol, netizen puji PM solat Jumaat 'sendirian' di Masjid Putrajaya
Berdasarkan tinjauan di hantaran video yang tular itu, kebanyakan komen memuji sikap yang dipamer Perdana Menteri itu. - Foto Astro GEMPAK
KEHADIRAN sosok Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada Jumaat tular di media sosial.
 
Menerusi perkongsian netizen di TikTok antaranya, Ismail Sabri dilihat hadir ke masjid tanpa sebarang kawalan keselamatan dan protokol seperti kebiasaan.
 
Malah, Ismail Sabri yang mengenakan baju Melayu warna hijau terlebih dahulu menunaikan solat sunat dan duduk di bahagian belakang bersama jemaah lain.
 
Pendakwah bebas, Ustaz Rahim Azhari menerusi video dimuat naik di TikTok berkata, tindakan Ismail Sabri itu adalah contoh terbaik pemimpin negara.
 
"Kenal tak siapa dalam gambar ini? Tadi saya solat Jumaat di masjid Putrajaya, saya nampak sosok tubuh ini, masyaAllah. Dia (Perdana Menteri) masuk masjid, mula-mula saya tak perasan siapa dia. Tapi bila dia bentang sejadah dan solat sunat, dalam hati saya, ya Allah ini. Betul, ini dia. Lama saya tengok, betul ini dia.
 
"Selepas itu saya terfikir, dia antara pemimpin tertinggi dalam negara, masuk masjid dalam keadaan ramai orang, tidak ada pengiring, tidak ada keistimewaan untuk bawa ke depan. Kalau dia lambat, dia duduk di saf belakang sama macam rakyat biasa.




 
"Pada saya ini satu contoh dan ikutan yang patut dicontohi. Satu kualiti kepimpinan yang patut kita ikut, merendah diri, tak pernah merasa diri hebat dan gunakan kuasa yang ada untuk bawa diri ke depan. Tapi dia macam orang biasa saja," katanya.

Sementara itu, personaliti RTM, Khairol Azwan Arba yang turut berada di masjid sama kagum dengan Perdana Menteri.
 
"Terbaiklah YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pun tak kisah duduk belakang dengan kami. #Respect ," tulisnya di Facebook.
 
Berdasarkan tinjauan di hantaran video yang tular itu, kebanyakan komen memuji sikap yang dipamer Perdana Menteri itu.
 
Ini bukan kali pertama Ismail Sabri menjadi tular dan mendapat perhatian di media sosial.

Sebelum ini, beberapa aksi bersahaja Ismail Sabri berjaya dirakam orang ramai yang memperlihatkan bagaimana dia mendekati rakyat tanpa sebarang kawalan dan protokol khas.


Artikel asal di Astro Gempak



 

#ismail sabri yaakob#tiada escort#Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
COVID-19 | Amerika Syarikat sahkan kesan kes pertama varian Omicron

COVID-19 | Amerika Syarikat sahkan kesan kes pertama varian Omicron

Amerika Syarikat mengesan kes pertama varian baharu COVID-19 Omicron, pada Rabu. Kes berkenaan ditemukan pada pesakit yang telah lengkap vaksin serta pergi ke Afrika Selatan pada 22 November lalu dan disahkan positif tujuh hari kemudian.
PICK | 97% populasi dewasa lengkap vaksin

PICK | 97% populasi dewasa lengkap vaksin

97% populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin
COVID-19 | Varian Omicron dikesan di benua Amerika

COVID-19 | Varian Omicron dikesan di benua Amerika

Dua kes varian baharu COVID-19 Omicron telah dikesan di benua Amerika. Perkara itu disahkan Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (Paho), pada Rabu. Pengarah Paho, Carissa Etienne berkata, kedua-dua kes berkenaan dikesan di Kanada dan Brazil.
Buruh Paksa | Dakwaan syarikat tempatan hilang kontrak disiasat

Buruh Paksa | Dakwaan syarikat tempatan hilang kontrak disiasat

Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyiasat dakwaan sebuah syarikat pembuatan barang elektronik tempatan terbabit isu buruh paksa hingga mendorong sebuah syarikat elektronik berpangkalan di United Kingdom (UK) menamatkan kontrak mereka.
COVID-19: EU wajar pertimbang wajibkan suntikan vaksin

COVID-19: EU wajar pertimbang wajibkan suntikan vaksin

Kata Pesuruhjaya Ursula Von der Leyen, ini susulan penemuan varian baharu COVID-19, Omicron.
24 pelajar Politeknik Sandakan positif COVID-19

24 pelajar Politeknik Sandakan positif COVID-19

Kluster itu tercetus selepas seorang pelajar lelaki 19 tahun dijangkiti COVID-19.
IAEA dakwa Iran jalankan aktiviti nuklear

IAEA dakwa Iran jalankan aktiviti nuklear

Tindakan ini tegas agensi itu, mencabuli perjanjian nuklear yang dimeterai pada 2015.
WTA umum gantung kejohanan di China

WTA umum gantung kejohanan di China

Ia susulan kebimbangan berkaitan pemain tenis China, Peng Shuai.
AWANI Ringkas: 65 pelajar dihantar ke PKRC MAEPS | Tiada varian Omicron di Malaysia

AWANI Ringkas: 65 pelajar dihantar ke PKRC MAEPS | Tiada varian Omicron di Malaysia

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tel Aviv bandar raya paling mahal untuk didiami di dunia

Tel Aviv bandar raya paling mahal untuk didiami di dunia

Manakala Damsyik, ibu kota Syria mengekalkan kedudukannya sebagai bandar yang paling murah untuk didiami pada tahun ini.
Warga asing lengkap vaksinasi, kanak-kanak dibenar solat di masjid, surau di Perak

Warga asing lengkap vaksinasi, kanak-kanak dibenar solat di masjid, surau di Perak

Warga asing yang lengkap dos vaksinasi dan kanak-kanak berusia lebih 12 tahun dibenarkan untuk solat fardu dan Jumaat di masjid serta surau di seluruh Perak, berkuat kuasa esok (Selasa).
Bilangan jemaah solat Jumaat dinaikkan - Sultan Selangor

Bilangan jemaah solat Jumaat dinaikkan - Sultan Selangor

Data-data terbaharu penularan wabak COVID-19 memperlihatkan statistik kematian harian telah menurun kepada satu digit bagi Selangor.
Tak perlu escort, tak payah protokol, netizen puji PM solat Jumaat 'sendirian' di Masjid Putrajaya

Tak perlu escort, tak payah protokol, netizen puji PM solat Jumaat 'sendirian' di Masjid Putrajaya

Pendakwah bebas Ustaz Rahim Azhari berkata, tindakan Ismail Sabri itu adalah contoh terbaik pemimpin negara.
Korban letupan di masjid Afghanistan meningkat kepada 47 mangsa

Korban letupan di masjid Afghanistan meningkat kepada 47 mangsa

Serangan di Masjid Fatimiya, Kandahar itu dilakukan ketika jemaah berada di dalam masjid untuk solat Jumaat.
Afghanistan: Sekurang-kurangnya 30 terbunuh letupan bom di masjid

Afghanistan: Sekurang-kurangnya 30 terbunuh letupan bom di masjid

Satu letupan bom menggegarkan sebuah masjid di wilayah Kandahar selatan Afghanistan ketika solat Jumaat, membunuh sekurang-kurangnya 30 orang.
Sabah benar solat Jumaat, fardu dengan 50 peratus kapasiti masjid, surau bermula esok

Sabah benar solat Jumaat, fardu dengan 50 peratus kapasiti masjid, surau bermula esok

Kerajaan Sabah membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan fardu dengan bilangan jemaah 50 peratus daripada kapasiti masjid atau surau bermula esok.
Kapasiti jemaah untuk solat Jumaat, solat fardu di Selangor ditambah

Kapasiti jemaah untuk solat Jumaat, solat fardu di Selangor ditambah

Kapasiti jemaah bagi solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, ditambah kepada 2,000 orang manakala bagi solat fardu lima waktu pula berjumlah 500 orang berkuat kuasa hari ini.
P. Pinang benarkan warga asing lengkap vaksin solat Jumaat dan fardu di masjid

P. Pinang benarkan warga asing lengkap vaksin solat Jumaat dan fardu di masjid

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi semasa dan jumlah bilangan jemaah masih kekal mengikut luas ruang solat masjid dan surau.
Aktiviti imarah masjid, surau di Sarawak dibenarkan mulai 4 Oktober ini

Aktiviti imarah masjid, surau di Sarawak dibenarkan mulai 4 Oktober ini

Semua aktiviti pengimarahan masjid dan surau di Sarawak adalah dibenarkan dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 semasa bermula 4 Oktober ini.
JAWI benarkan solat Jumaat ikut kapasiti dan semua aktiviti imarah masjid

JAWI benarkan solat Jumaat ikut kapasiti dan semua aktiviti imarah masjid

Kebenaran itu diberikan dengan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan 1.5 meter ketika solat jemaah.