'Tak sabar balik Malaysia bawa baby' - Raja Ilya selamat bersalin anak sulung
Keluarga
Julai 2, 2022 11:40 MYT
Julai 2, 2022 11:40 MYT
SAAT hadirnya cahaya mata di dalam keluarga, pastinya detik itu menjadi momen terindah buat ibu ayah yang sukar diucapkan dengan kata-kata.
Begitu besar rahmat dan nikmat Allah kurniakan.
Begitulah pengalaman yang dilalui pelakon Raja Ilya yang selamat melahirkan puteri sulungnya pada Jumaat, 1 Julai.
Melahirkan rasa syukur, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad menyifatkan pengalaman baharu yang dilaluinya itu satu rahmat dan memberi makna yang tersendiri dalam hidupnya.
Raya Ilya berkonsi berita gembira itu menerusi akaun instagramnya dengan memuat naik beberapa keping gambar dengan menitipkan rasa keterujaan dan kesyukurannya.
“Syukur Alhamdulillah. Our baby girl is here. If you had said to me I’ll be pregnant in 3 years, I would have laughed.
“Today I experienced a miracle, a magical moment, the birth of my baby girl Talita Love. There were tears, I’m still in shock.
“Thank you for all your love, support and Doa , it’s greatly felt. Tak sabar nak balik MALAYSIA awal tahun depan dengan baby, Wait for us okay."
Raja Ilya juga turut sama mengucapkan terima kasih kepada sokongan dan doa yang baik-baik dititipkan kepadanya selama ini.
Menerusi perkongsian ini, Raja Ilya dan suaminya turut membuka akuan Instagram untuk puteri sulungnya itu @talitalovegatrett
"Follow her @talitalovegarrett Instagram account for more updates & fun, Insyallah."
*Artikel asal disiarkan di Keluarga