awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu pembinaan eskalator di Batu Caves selesai menjelang Julai - Pengerusi kuil
Wanita warga emas kritikal akibat letupan tong gas
Wakil pelbagai aliran pendidikan terima baik hasrat kerajaan wajibkan BM, Sejarah dalam SPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak sampai 5 jam selepas rompak pasar mini, sudah kena tangkap

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
07/12/2021
10:30 MYT
Tak sampai 5 jam selepas rompak pasar mini, sudah kena tangkap
Suspek yang memakai topi, pelitup muka dan cermin mata hitam menyerbu dalam ruangan kaunter untuk mengambil wang tunai. - PDRM
PENDANG: Tidak sampai lima jam melarikan wang tunai RM300 selepas merompak sebuah pasar mini di Kampung Baru, Sungai Tiang, seorang lelaki akhirnya ditahan polis pada Isnin malam,
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, dalam kejadian itu sekitar jam 7.15 malam, suspek datang bersendirian masuk ke dalam pasar mini berkenaan.
“Suspek memakai topi, pelitup muka dan cermin mata hitam itu kemudian meminta seorang lelaki yang menjaga kaunter menyerahkan lesen dan MyKad miliknya.
"Mangsa enggan menyerahkannya menyebabkan suspek bertindak membuka laci kaunter dan mengambil wang tunai RM300.
"Suspek terus melarikan diri sejurus selepas itu dengan menaiki sebuah kereta," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Arriz Sham berkata, mangsa berusia 20-an kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kubur Panjang.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat dan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di pasar mini berkenaan, pihaknya berjaya mengesan suspek.
"Berikutan itu, pegawai dan anggota menyerbu sebuah rumah di Kampung Baru dan menangkap suspek di dalam rumah berkenaan pada jam 11.30 malam tadi.
"Turut ditemui semula, wang tunai RM300 hasil rompakan," katanya.
Arriz Sham berkata, hasil semakan suspek berusia 30-an yang masih bujang didapati mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah termasuk dadah.
"Suspek direman selama enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
"Hasil siasatan mendapati suspek menyasarkan kedai runcit dan pasar mini di kawasan kampung untuk melakukan kegiatan itu," katanya.
Topic Berkaitan
#rompak kedai
#sungai tiang
#polis
#pasar mini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan