awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak semak MySejahtera, terpengaruh berita palsu punca tak datang janji temu vaksin

Bernama
Bernama
30/05/2021
16:50 MYT
Tak semak MySejahtera, terpengaruh berita palsu punca tak datang janji temu vaksin
Tidak menyemak aplikasi MySejahtera dan terpengaruh dengan berita tidak benar berkaitan vaksin dikenal pasti sebagai antara punca 10,000 penduduk Pahang tidak menghadiri janji temu suntikan vaksin COVID-19. - Gambar hiasan
KUANTAN: Tidak menyemak aplikasi MySejahtera dan terpengaruh dengan berita tidak benar berkaitan vaksin dikenal pasti sebagai antara punca 10,000 penduduk Pahang tidak menghadiri janji temu suntikan vaksin COVID-19.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata alasan itu diterimanya selepas beliau mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan berhubung isu ketidakhadiran di pusat pemberian vaksin (PPV) di Pahang.
Beliau berkata Raub merupakan daerah paling tinggi mencatatkan jumlah ketidakhadiran iaitu 45 peratus diikuti Pekan (43 peratus), Maran (40), Bera (28) manakala Bentong dan Jerantut masing-masing mencatatkan 22 peratus.
"Selain tidak sedar akan lokasi, masa dan tarikh janji temu vaksin yang diberikan oleh aplikasi MySejahtera, ada juga yang memberikan alasan terlupa.
"Terdapat kalangan warga emas yang berubah fikiran selepas terpengaruh dengan berita tidak benar tentang vaksin yang disebarkan ahli keluarga atau sahabat atau yang tular di media sosial," menurutnya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial rasmi beliau hari ini.
Wan Rosdy berharap golongan muda dapat membantu menyemak dan mengingatkan ibu bapa khususnya mereka yang telah berusia berhubung janji temu suntikan vaksin supaya tidak terlepas perkara penting itu.
Beliau juga berkata kerajaan negeri akan terus mendapatkan maklum balas daripada rakyat Pahang berhubung isu ketidakhadiran janji temu suntikan vaksin walaupun telah mendaftar untuk menerima suntikan tersebut.
"Ini kerana kita mesti berusaha sebaik mungkin untuk mencapai tahap imuniti kelompok dengan segera dan ini hanya boleh dicapai jika sebahagian besar kita telah menerima vaksin supaya dapat memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MySejahtera
#berita palsu
#vaksin
#Pahang
#janji temu
#Menteri Besar
#Wan Rosdy Wan Ismail
#PPV
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PICK
#AstraZeneca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan