awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak sempat jual 85 ekor biri-biri, kambing seludup

Sinar Harian
Sinar Harian
10/12/2021
02:22 MYT
Tak sempat jual 85 ekor biri-biri, kambing seludup
Biri-biri dan kambing seludup yang dirampas diserahkan kepada pihak veterinar untuk tindakan lanjut. -Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Sebanyak 85 ekor biri-biri dan lapan ekor kambing bernilai RM63,100 dipercayai diseludup dari negara jiran tidak sempat dipasarkan apabila berjaya dirampas polis di sini awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dalam rondaan jam 12.55 pagi di Jalan Repek-Lubok Jong, pihaknya mengesan sebuah lori yang berada dalam keadaan mencurigakan.
"Kami mengekori lori berkenaan dan berjaya menahannya di tepi jalan Taman Tengku Anis. Pemeriksaan di belakang lori menemui 85 ekor biri-biri dan lapan ekor kambing.
"Pemandu dan seorang kelindan berusia awal 20-an ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen permit pemindahan haiwan ternakan dan binatang berkenaan diseludup masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak sah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Lori yang yang digunakan membawa biri-biri dan kambing seludup yang ditahan di Pasir Mas pada awal pagi Jumaat.
Menurutnya, hasil siasatan awal, kedua-dua tahanan mengaku terlibat dengan penyeludupan biri-biri dan kambing dari Thailand.
Katanya, kesemua kambing tersebut diambil di kawasan tepi sungai Kampung Kubang Pak Hitam, Meranti dan dihantar ke kandang yang terletak di belakang Taman Tengku Anis, Lubok Jong.
"Tangkapan dan rampasan diserahkan ke pihak veterinar untuk tindakan lanjut," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kambing seludup
#Mohd Nasaruddin M Nasir
#biri-biri
#Taman Tengku Anis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan