awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak sempat tunai solat Jumaat, warga emas maut ditikam

Sinar Harian
Sinar Harian
10/12/2021
20:57 MYT
Tak sempat tunai solat Jumaat, warga emas maut ditikam
Mangsa ditikam menggunakan pisau di hadapan rumahnya di Kampung Idaman, Klang pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
KLANG: Seorang warga emas yang baru hendak ke masjid maut ditikam menggunakan pisau di hadapan rumahnya di Kampung Idaman, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun yang bekerja sebagai kontraktor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, hasil siasatan dan risikan berjaya menahan dua lelaki berusia 33 tahun termasuk suspek utama di sekitar Klang dan Shah Alam pada Jumaat.
"Siasatan awal mendapati sekitar jam 12.35 tengah hari semasa mangsa berada di hadapan rumahnya untuk sembahyang Jumaat, secara tiba-tiba seorang lelaki berlari meluru ke arah mangsa dan menikam dengan senjata tajam sehingga rebah dan meninggal dunia.
"Salah seorang suspek bekerja sendiri manakala seorang lagi merupakan penganggur dan mereka dipercayai mengenali mangsa.
"Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti motif kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Hoong Fong berkata, senjata yang digunakan untuk menikam mangsa turut berjaya ditemui dan hasil semakan mendapati suspek utama kes tersebut mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.
"Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan pada Sabtu di Mahkamah Klang," ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#tikam
#warga emas
#Solat Jumaat
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan