awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Prabowo: Indonesia akan rampas lebih banyak tanah sawit haram tahun ini
China rekod penurunan 12.8 peratus kes jenayah, selesai 258,000 penipuan dalam talian pada 2025
Penubuhan HLSCC angkat hubungan Malaysia-Turkiye ke peringkat tertinggi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Takaful antara saham paling untung pada urus niaga pagi ini

Bernama
Bernama
24/02/2021
03:17 MYT
Takaful antara saham paling untung pada urus niaga pagi ini
Takaful menyatakan keuntungan bersih yang diraih pada suku keempat tahun kewangan 2020 melonjak 37.3 peratus tahun ke tahun kepada RM103.2 juta.
KUALA LUMPUR: Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful) muncul antara saham yang mencatatkan keuntungan pada awal urus niaga pagi ini selepas syarikat itu mencatatkan keputusan kewangan yang lebih baik daripada jangkaan untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020.
Pada pukul 10.36 pagi, saham Takaful meningkat 27 sen kepada RM4.63 daripada RM4.36 ketika ditutup pada petang Selasa dengan sejumlah 686,900 saham diniagakan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Takaful menyatakan keuntungan bersih yang diraih pada suku keempat tahun kewangan 2020 melonjak 37.3 peratus tahun ke tahun kepada RM103.2 juta, didorong oleh penjimatan daripada perbelanjaan pengurusan.
Susulan prestasi suku keempat yang memberangsangkan itu, Kenanga Research telah mengulangi penarafan 'outperform' untuk Takaful dan semakan secara menaik terhadap harga sasaran kaunter kepada RM6.00 daripada RM5.25 sebelumnya.
Sementara itu, CGS-CIMB turut menaikkan saranan 'tambah' daripada 'pegang' sebelumnya untuk Takaful dengan harga sasaran yang lebih tinggi pada RM5.80 daripada RM5.06 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#takaful
#saham
#keuntungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan