Takiyuddin dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Bernama
Mac 9, 2020 12:57 MYT
Barisan jemaah menteri Kabinet menyaksikan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Gambar fail
Politik negara sekali lagi melakar sejarah baharu apabila barisan jemaah menteri Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, kembali dianggotai beberapa pemimpin PAS.
Kembalinya parti itu dalam pentadbiran kerajaan pusat mengulangi peristiwa parti itu yang kali terakhir berada dalam kerajaan persekutuan bersama kerajaan campuran Perikatan dari 1973 hingga 1974 dan Barisan Nasional (BN) dari 1974 hingga 1977.
Barisan jemaah menteri Kabinet kali ini, menyaksikan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).
BACA: PAS tidak minta atau tentukan apa-apa kementerian, serahkan kepada PM - Takiyuddin
BACA: Senarai barisan Kabinet Malaysia 2020
Takiyuddin, 58, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya itu mula melibatkan diri dalam politik selepas menyertai PAS sekitar tahun 1989.
Bekas majistret itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bunut Payong sejak 1999, kemudiannya sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu pada 2013 (sehingga kini) selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
Berikut adalah biografi Takiyuddin Hassan:
Nama: Datuk Takiyuddin Hassan
Isteri: Datin Hariza Yusoff
Tarikh Lahir: 24/11/1961
Tempat Lahir: Sik, Kedah
Anak: Lima orang
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya (UM) 1986
Politik:
1989 : Sertai PAS
1999 - 2013 : Ahli Dewan Undangan Negeri Bunut Payong, Kelantan
2013 - kini : Ahli Parlimen Kota Bharu
Karier:
1986-1989 : Majistret di Kota Bharu dan Pasir Mas.
1996-1998 : Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA)
1997-1998 : Ahli Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
1997: Ketua Pemuda PAS Kelantan
1999-2013: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (EXCO)
2002: Ketua Penerangan PAS Kelantan
2005: Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan
2011-2015: Penolong Setiausaha Agung PAS
2013 : Anggota, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
2014-2018 : Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
2015-kini : Setiausaha Agung PAS
2015-kini: Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
-- BERNAMA
#Barisan Nasional #kabinet #Menteri di Jabatan Perdana Menteri #Muhyiddin Yassin #PAS #Perdana Menteri #Takiyuddin Hassan