NATIONAL

Taklimat awam projek bas Rapid Transit-Sunway Line esok

Bernama 24/11/2012 | 02:17 MYT
Syarikat Prasarana Negara Berhad akan mengadakan taklimat awam khas bersabit cadangan projek Bas Rapid Transit (BRT)-Sunway Line di Majlis Perbandaran Subang Jaya di USJ5 esok.

Ia sebagai sebahagian usaha untuk mewujud kesedaran mengenai projek itu yang dijadual beroperasi awal 2015.

Taklimat pukul 4 petang itu merupakan susulan pameran di Sunway Pyramid pada Oktober lalu, kata kenyataan syarikat berkenaan.

Dilancarkan pada 9 Jun, Sunway BRT Line merupakan inisiatif perkongsian awam-swasta dengan Sunway Group bagi membantu mengurang kesesakan lalu lintas di Bandar Sunway dan kawasan sekitarnya.
#Bas Rapid Transit (BRT)-Sunway Line #Majlis Perbandaran Subang Jaya #Syarikat Prasarana Negara Berhad