awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Takziah buat keluarga kemalangan di Triso Sarawak - Zuraida

Bernama
Bernama
02/01/2021
21:09 MYT
Takziah buat keluarga kemalangan di Triso Sarawak - Zuraida
ZURAIDA: Saya percaya siasatan menyeluruh akan dilakukan pihak berwajib bagi mengelakkan kemalangan seumpama ini berulang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden melibatkan kenderaan pacuan empat roda yang terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso, Sebuyau pada Jumaat.
"Saya mendoakan seluruh ahli keluarga mangsa sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini.
"Saya percaya siasatan menyeluruh akan dilakukan pihak berwajib bagi mengelakkan kemalangan seumpama ini berulang serta mutu dan kualiti keselamatan akan dipertingkatkan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.00 petang Jumaat, sembilan orang termasuk bayi berumur empat bulan maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki hilang kawalan dan jatuh ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso.
Enam mangsa tragedi itu, Siti Aishah Abdullah, 36, bersama lima anaknya Nor Shuhada Mohamad Hamzah, 16, Khairunnisa, 14, Mohd Aiman, 7, Muhd Mustaqim, 5 dan Mohd Ahmad 4 bulan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu di Sri Aman, Sarawak petang Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zuraida Kamaruddin
#mangsa
#Pangkalan Feri Triso
#Sungai Batang Lupar
#kemalangan
#Feri Triso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan