KUALA LUMPUR: Graduates’ Choice Award (GCA) yang merupakan anugerah penjenamaan syarikat-syarikat pekerjaan paling berwibawa di Malaysia mengumumkan 113 syarikat pekerjaan dalam negara telah mendapat pengiktirafan sebagai “Syarikat-syarikat pekerjaan yang diutamakan golongan graduan bagi tahun 2022".

Pelbagai syarikat pekerjaan telah mendapat pengiktirafan atas dedikasi dan usaha mereka dalam meningkatkan penjenamaan syarikat mereka di universiti awam dan swasta di seluruh negara.

GCA 2022 merekodkan lebih 23,000 graduan dari pelbagai institusi pengajian dalam negara yang mengundi dan merupakan konsensus terbesar suara golongan belia di Malaysia selain menjamin pilihan pekerjaan mereka pada masa hadapan.

Pengasas Talentbank merangkap penganjur GCA, Ben Ho berkata, tahun ini memasuki tahun keempat para graduan universiti menyuarakan pandangan mereka melalui GCA.

"Tahun ini merupakan tahun yang keempat berturut-turut golongan graduan universiti di Malaysia menyuarakan pendapat mereka dan didengari melalui Graduate Choice Award.

“Hal ini telah menjadikan keputusan bagi GCA 2022 satu garis panduan serta kaedah penting bagi beribu-ribu graduan baharu di Malaysia sebelum menceburi pelbagai bidang tenaga kerja di dalam mencari pekerjaan yang ideal,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Syarikat-syarikat pekerjaan yang diutamakan oleh golongan graduan pada tahun 2022. - FOTO Talentbank
Dalam pada itu, GCA 2022 memberikan pengiktirafan kepada 113 organisasi membabitkan 48 kategori dan pelbagai bidang antaranya perakaunan dan profesional, automotif, e-dagang, elektronik, “fast-moving consumer goods” (FMCG), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), farmaseutikal dan banyak lagi.

Beberapa kategori baharu juga turut diperkenalkan seperti bidang pengiklanan, analitis, penyiaran, pembinaan, kedai serbaneka, pengurusan fasiliti, “fintech”, perbankan pelaburan, runcit mewah, teknologi cetakan, media sosial dan aplikasi tempahan percutian.

Selain itu, dua kategori daripada tahun lepas telah diperincikan kepada kategori yang tertentu pada kali ini. Misalnya, kategori “tech” dikembangkan bagi menentukan kategori peranti komputer dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), manakala kategori perbuatan dikembangkan bagi menentukan kategori mikropemproses, cat dan getah.

Logo GCA direka khas untuk mewujudkan ciri kecemerlangan yang ditunjukkan oleh organisasi pelbagai industri. - FOTO Talentbank
Untuk pengetahuan umum, GCA dilancarkan pada tahun 2018 dan telah mencapai lebih dari 85,000 graduan secara kumulatif serta mengiktiraf lebih daripada 200 organisasi besar.

Setiap keputusan ditentukan adalah 100 peratus undian pelajar universiti di seluruh negara dan berperanan penting dalam menyediakan kajian yang boleh diguna pakai untuk perekrut pengajian tinggi terkemuka di Malaysia untuk melakukan pengambilan.

Ia juga membuktikan betapa pentingnya GCA dalam membimbing graduan muda untuk membuat keputusan pekerjaan yang lebih baik.

Dalam pada itu itu, ia juga merupakan satu ekosistem untuk memilih kerjaya daripada syarikat pekerjaaan yang telah memenangi anugerah agar dapat melahirkan golongan belia yang bersedia untuk bekerja dan membantu mereka mendapatkan kerjaya lebih baik serta menghubungkan mereka dengan peneraju industri yang mengalu-alukan bakat utama.

Direka dengan menggunakan piuter dan emas 24K, trofi GCA menyerupai skrol, iaitu simbol keberanian, pengetahuan dan kebijaksanaan. - FOTO Talentbank

Usaha ini akan diteruskan bagi mengetengahkan kehendak dan keperluan generasi graduan yang terkini di Malaysia. GCA edisi yang kelima sudah pun berlangsung dan undian bagi GCA 2023 kini dibuka sehingga 30 Jun 2023.

Pihak Talentbank menyeru agar para graduan menyuarakan pendapat dengan melakukan pengundian di www.graduatechoiceaward.com/vote/.

Setiap pelajar universiti yang mengambil bahagian mengundi juga berpeluang memenangi hadiah seperti Apple 13, Macbook Pro, computer riba HP Spectre x360, Samsung Galaxy Note 20 dan Iphone 13.

Untuk maklumat lanjut mengenai GCA dan ‘Syarikat-syarikat ekerjaan yang diutamakan oleh golongan graduan pada tahun 2022’, boleh melayari www.graduatechoiceaward.com.

Untuk maklumat tambahan mengenai Talentbank, sila layari www.talentbankgroup.com atau www.jobsbank.com.my.

*Artikel ini adalah kandungan berbayar.