MALAYSIA
Taman Botani Diraja Johor dibuka semula kepada umum mulai 31 Ogos
Pembukaan semula taman ini mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Ismail, serta disokong oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan dalam usaha memelihara warisan alam semula jadi Johor. -Foto Facebook
JOHOR BAHRU: Taman Botani Diraja Johor akan dibuka semula kepada orang ramai bermula 31 Ogos ini, menjadikannya antara mercu pelancongan baharu negeri sempena Tahun Melawat Johor 2026.
Ringkasan AI
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan Baginda terhadap pembukaan semula taman berkenaan.
Beliau turut menjunjung titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang berkenan agar taman berkenaan dinaik taraf sebagai satu daripada mercu pelancongan utama negeri Johor.
"Syukur Alhamdulillah, dengan penuh rasa gembira saya ingin berkongsi berita yang pastinya dinanti-nanti oleh seluruh Bangsa Johor.
"Taman Botani Diraja Johor akan dibuka kepada umum bermula 31 Ogos 2025!" katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata taman berkenaan akan dibuka kepada pengunjung setiap Rabu hingga Ahad dari 8 pagi hingga 6 petang, manakala ditutup setiap hari Isnin dan Selasa bagi tujuan penyelenggaraan.
Harga tiket masuk ditetapkan RM2 bagi warganegara Malaysia dan RM30 untuk bukan warganegara, manakala masuk adalah percuma untuk kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah serta pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).
Onn Hafiz berkata Taman Botani Diraja Johor mula dibangunkan pada tahun 1864, dan kini kembali dengan wajah baharu yang lebih indah, tersusun serta mencerminkan warisan alam semula jadi yang menjadi identiti negeri Johor.
Meliputi kawasan seluas lebih 126 ekar, taman itu kini menampilkan 12 Taman Khas dengan lebih 583 spesies flora dan hampir 145,000 batang pokok, hasil kerjasama erat antara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) dan Majlis Perbandaran Pontian (MPPn).
"Semoga usaha ini akan menghidupkan semula memori serta nilai sentimental lokasi-lokasi bersejarah yang menjadi sebahagian daripada identiti Bandaraya Johor Bahru. Insya-Allah.
"Ayuh Bangsa Johor! Mulai 31 Ogos ini, bawalah keluarga dan rakan-rakan untuk menerokai Taman Botani Diraja Johor ini! Semoga kehadiran anda semua akan memeriahkan lagi pembukaan, sekali gus menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026. Insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Taman Botani Diraja Johor akan dibuka semula kepada orang ramai mulai 31 Ogos 2025 sebagai salah satu mercu pelancongan utama negeri sempena Tahun Melawat Johor 2026.
- Taman seluas lebih 126 ekar ini menampilkan 12 Taman Khas dengan lebih 583 spesies flora dan hampir 145,000 batang pokok, serta dibuka Rabu hingga Ahad dari 8 pagi hingga 6 petang dengan tiket RM2 untuk warganegara dan RM30 untuk bukan warganegara.
- Pembukaan semula taman ini mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Ismail, serta disokong oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan dalam usaha memelihara warisan alam semula jadi Johor.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan Baginda terhadap pembukaan semula taman berkenaan.
Beliau turut menjunjung titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang berkenan agar taman berkenaan dinaik taraf sebagai satu daripada mercu pelancongan utama negeri Johor.
"Syukur Alhamdulillah, dengan penuh rasa gembira saya ingin berkongsi berita yang pastinya dinanti-nanti oleh seluruh Bangsa Johor.
"Taman Botani Diraja Johor akan dibuka kepada umum bermula 31 Ogos 2025!" katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata taman berkenaan akan dibuka kepada pengunjung setiap Rabu hingga Ahad dari 8 pagi hingga 6 petang, manakala ditutup setiap hari Isnin dan Selasa bagi tujuan penyelenggaraan.
Harga tiket masuk ditetapkan RM2 bagi warganegara Malaysia dan RM30 untuk bukan warganegara, manakala masuk adalah percuma untuk kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah serta pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).
Onn Hafiz berkata Taman Botani Diraja Johor mula dibangunkan pada tahun 1864, dan kini kembali dengan wajah baharu yang lebih indah, tersusun serta mencerminkan warisan alam semula jadi yang menjadi identiti negeri Johor.
Meliputi kawasan seluas lebih 126 ekar, taman itu kini menampilkan 12 Taman Khas dengan lebih 583 spesies flora dan hampir 145,000 batang pokok, hasil kerjasama erat antara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) dan Majlis Perbandaran Pontian (MPPn).
"Semoga usaha ini akan menghidupkan semula memori serta nilai sentimental lokasi-lokasi bersejarah yang menjadi sebahagian daripada identiti Bandaraya Johor Bahru. Insya-Allah.
"Ayuh Bangsa Johor! Mulai 31 Ogos ini, bawalah keluarga dan rakan-rakan untuk menerokai Taman Botani Diraja Johor ini! Semoga kehadiran anda semua akan memeriahkan lagi pembukaan, sekali gus menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026. Insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA

#Taman Botani Diraja Johor
#Tahun Melawat Johor 2026
#onn hafiz ghazi
#Sultan Ibrahim
#tunku mahkota ismail