MELAKA: Taman Burung Melaka di Ayer Keroh yang ditutup sejak 2019, dijangka dibuka semula kepada pengunjung selewat-lewatnya pada Mac depan.
Yang DiPertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron berkata kerja-kerja mengubah suai dan menaik taraf taman burung berkenaan sedang dijalankan oleh kontraktor baharu yang dilantik bagi menguruskan operasi taman burung itu.
Beliau berkata Taman Burung Melaka akan menjadi satu daripada tempat tumpuan pelancong khususnya pada Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
"Lebih 200 spesies melibatkan ribuan ekor burung akan ditempatkan dalam Taman Burung Melaka dan banyak elemen baharu sedang dibuat seperti sangkar burung, air terjun, kawasan makan dan jambatan.
"Konsep yang diketengahkan dalam taman burung berkenaan adalah sama seperti sebelum ini iaitu burung dilepaskan dalam kawasan berkenaan dan pengunjung boleh melihat secara dekat dan memegang serta memberi makan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ Ogos 2023 dan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MPHTJ di sini hari ini.
Sementara itu, Sapiah berkata sambutan ambang merdeka akan diadakan di Dataran Sejarah di Ayer Keroh pada 30 Ogos ini dengan dijadual dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata pelbagai program dianjurkan sempena sambutan itu termasuk Jualan Agro MADANI oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) selama lima hari bermula 30 Ogos.
"Jualan Agro MADANI itu melibatkan 106 khemah peniaga yang menjual pelbagai produk pertanian dan makanan. Pada sambutan malam ambang merdeka berkenaan, terdapat pertunjukan bunga api serta persembahan artis," katanya dan menambah kira-kira 10,000 pengunjung dijangka hadir pada sambutan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023
Taman Burung Melaka akan menjadi satu daripada tempat tumpuan pelancong khususnya pada Tahun Melawat Melaka 2024. - Gambar hiasan/Facebook Melaka Bird Park
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Taman Burung Melaka dibuka semula pada Mac 2024
Kerja-kerja mengubah suai dan menaik taraf sedang dijalankan oleh kontraktor baharu yang dilantik bagi menguruskan operasi taman itu.