MALAYSIA
Taman Perlindungan Ekosistem Sultan Ismail Petra berpotensi jadi produk pelancongan
Kamarudin berkata kawasan itu mempunyai keunikan tersendiri serta kekayaan alam semula jadi yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negeri. - Foto Facebook/Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan
JELI: Taman Perlindungan Ekosistem Sultan Ismail Petra berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan baharu di Kelantan khususnya bagi memanfaatkan masyarakat setempat.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan Datuk Kamarudin Mohd Nor berkata kawasan itu mempunyai keunikan tersendiri serta kekayaan alam semula jadi yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negeri.
Beliau berkata Jajahan Jeli terkenal dengan keindahan lata, sungai yang bersih serta landskap semula jadi yang sesuai untuk pelbagai aktiviti rekreasi seperti berakit, perkhemahan dan sukan berakit.
"Jajahan Jeli memiliki daya tarikan tersendiri selain masyarakatnya yang mesra... Taman Perlindungan Ekosistem Sultan Ismail Petra merupakan antara kawasan berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan yang memberi manfaat maksimum kepada komuniti setempat," katanya pada Majlis Penutup Pertandingan Memancing Piala Menteri Besar Kelantan 2025 yang berlangsung di taman berkenaan di Tasik Pergau di sini pada Sabtu.
Kamarudin berkata penganjuran pertandingan memancing berkenaan turut berperanan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan sumber perikanan serta penjagaan ekosistem sungai, tasik dan perairan.
"Saya menggalakkan agar program seumpama ini diterapkan elemen pendidikan alam sekitar supaya masyarakat lebih memahami kepentingan sumber air dan biodiversiti sebagai warisan generasi akan datang," katanya.
Beliau berkata program itu bukan sahaja menawarkan aktiviti riadah malah memberi impak positif kepada ekonomi setempat melalui sektor penginapan, sewaan bot dan merancakkan pelancongan domestik khususnya di Jeli.
Kamarudin juga berkata penganjuran program itu adalah antara inisiatif untuk memperkenal Taman Perlindungan Ekosistem Sultan Ismail Petra kepada masyarakat luar memandangkan penyertaan pertandingan tersebut membabitkan peserta dari pelbagai jajahan dan negeri.
"Peserta berpeluang menikmati panorama semula jadi Jeli dan mengunjungi pelbagai lokasi menarik yang terdapat di jajahan ini," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Taman Perlindungan Ekosistem Sultan Ismail Petra di Kelantan berpotensi menjadi produk pelancongan baru yang menarik pelancong tempatan dan luar negara.
- Kawasan Jajahan Jeli terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang sesuai untuk aktiviti rekreasi seperti berakit dan perkhemahan.
- Penganjuran program memancing Piala Menteri Besar Kelantan 2025 di taman tersebut turut meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pemuliharaan sumber perikanan dan ekosistem sungai, serta memberi impak positif kepada ekonomi tempatan.