awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam dibuka semula kepada awam

Sinar Harian
Sinar Harian
11/09/2024
04:00 MYT
Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam dibuka semula kepada awam
MBSA di laman Facebooknya memaklumkan, aktiviti riadah, berjoging dan berkelah di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam kini boleh dilakukan seperti biasa.
SHAH ALAM: Kawasan sekitar Taman Tasik Shah Seksyen 7 Shah Alam yang ditutup sementara sebelum ini dibuka semula kepada awam pada Rabu.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di laman Facebooknya memaklumkan, aktiviti riadah, berjoging dan berkelah di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam kini boleh dilakukan seperti biasa.
"MBSA mengucap terima kasih atas keperihatinan anda," kata pihak berkuasa tempatan itu dalam satu pengumuman dikongsi di laman media sosial itu pada Rabu.
Pada Selasa, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan Taman Tasik Seksyen 7 dekat sini selamat dan tiada buaya lain dikesan di kawasan rekreasi itu.
Pengarahnya, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh dilaporkan berkata, pemantauan rapi yang dijalankan antaranya melalui penggunaan dron 'night vision' dan penyuluhan di tasik tidak mengesan kehadiran reptilia lain selepas seekor buaya tembaga yang dikesan mendiami kawasan itu ditangkap pada 5 September lalu.
"Dua perangkap buaya yang dipasang sejak kehadiran reptilia itu dikesan pada 4 September lalu juga telah dikeluarkan Sabtu lalu sekali gus operasi ditamatkan sepenuhnya," katanya kepada Bernama.
Mohd Adib berkata, buaya dengan saiz kira-kira 1.68 meter dan disahkan tiada sebarang penyakit itu juga telah dilepaskan ke Paya Indah Wetlands, Dengkil.
Tambahnya, tiada sebarang kertas siasatan dibuka namun pihaknya tidak menolak kemungkinan keberadaan buaya itu di kawasan rekreasi itu disebabkan sama ada sesat ketika banjir atau dibuang oleh pihak tertentu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tasik Shah Alam
#buaya
#tasik ditutup
#pembukaan semula tasik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan