Kawasan Tugu Negara yang menjadi simbol perjuangan negara bakal ditransformasi kepada sebuah taman bertaraf dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kawasan seluas 66 ekar akan menjadi seperti taman lain bertaraf dunia seperti di New York dan London.
"Jika di London ada Hyde Park dan di New York ada Central Park. Jadi kita mahu Taman Tugu ini menjadi taman bertaraf dunia.
"Kita jangkakan projek ini akan siap pada pertengahan 2018 selain kita mahu penglibatan masyarakat untuk memberi pandangan dan idea bernas untuk membangunkan kawasan ini," katanya pada Majlis Perasmian Projek Taman Tugu di sini hari ini.
Malah, katanya apabila projek tersebut siap dibangunkan pada pertengahan 2018, para pemimpin dunia yang datang ke Kuala Lumpur bakal di bawa ke sini untuk menanam pokok.
Taman hutan hujan ini akan diwujudkan menerusi inisiatif pemuliharaan sebuah kawasan hutan sekunder yang terletak di kawasan berhampiran Tugu Negara.
Kawasan seluas 66 ekar ini bakal dibuka kepada orang awam dan dijadual beroperasi pada 2018.
Terbahagi kepada tiga zon iaitu Zon Aktiviti Luar, Zon Pendidikan dan Zon Keluarga dan Komuniti, ia menyediakan aktiviti-aktiviti bersesuaian yang akan menarik orang ramai dari pelbagai komuniti dan generasi.
Apa yang menarik, laluan pejalan kaki dari KL Sentral ke Taman Botani Perdana melalui Muzium Negara juga akan dibina bagi menggalakkan orang ramai berjalan kaki menikmati keindahan alam dan tempat tarikan serta bersejarah.
Projek ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan bukan bermatlamatkan keuntungan yang diterajui Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta beberapa kementerian, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO).
Berkonsepkan memelihara dan memulihara alam sekitar, kira-kira 5,000 pokok hutan hujan tempatan akan ditanam dikawasan tersebut.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Sep 04 2016
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Projek Taman Tugu yang dijangka siap dan dibuka kepada orang awam pada 2018. - Foto Astro AWANI
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
PM ucap terima kasih kepada semua pihak terlibat usaha menyelamat di HSA
Ini termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Taman Tugu: Wajah baharu Kuala Lumpur bertaraf dunia
Taman ini diwujudkan menerusi inisiatif pemuliharaan sebuah kawasan hutan sekunder yang terletak di kawasan berhampiran Tugu Negara.
PM Najib lawat seniman Jins Shamsuddin
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau amat menghormati tokoh seni itu yang juga bekas anggota Dewan Negara.
Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk tempuhi turun naik - Najib
Beliau berkata keputusan UK keluar dari Kesatuan Eropah (EU) yang dianggotai 28 negara, tidak memberi impak besar ke atas ekonomi Malaysia.
Pelan tindakan pelancongan bakal sedia kemudahan bertaraf dunia di Langkawi - Najib
Acara konvensyen dan sukan antarabangsa akan ditingkatkan dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelancong mewah ke Langkawi.
Di sebalik pelbagai cabaran, ekonomi Malaysia kekal berdaya saing - Najib
Menurut Najib, ini terbukti menerusi pelbagai pencapaian tahun lalu termasuk pertumbuhan ekonomi 5 peratus dan peningkatan pelaburan asing lebih 22 peratus setahun.
Najib deklamasi 'Coretan Empat Dekad (1976 - Kini)'
Najib mendeklamasi sebuah coretan yang menceritakan perjalanan dan liku-liku perjuangan politiknya selama empat dekad sejak tahun 1976.
PM: Malaysia sertai TPPA atas terma sendiri
Malaysia yang diwakili Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dalam rundingan TPPA telah berjaya merundingkan terma terbaik bagi pihak negara
Kerajaan tetap bersungguh-sungguh mengubah nasib kaum India - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan tetap bersungguh-sungguh dalam meneruskan usaha untuk mengubah nasib kaum India di negara ini.
Najib terkena jangkitan bakteria E.Coli
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan terkena jangkitan E.coli semasa melawat kawasan banjir di Pantai Timur negara.