Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang menjalani tempoh parol selama dua bulan sejak Mac lepas, akan dibebaskan Jumaat ini.
Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata Dr Mohamad Khir akan menandatangani dokumen pembebasannya di Pejabat Parol Daerah Klang pada 10 pagi hari berkenaan.
"Mengikut tarikh pembebasan, Dr Mohamad Khir sepatutnya dibebaskan pada 29 Mei ini tetapi memandangkan ia jatuh pada hari cuti umum, kita akan bebaskan beliau pada 27 Mei ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Penjara Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata Dr Mohamad Khir turut mematuhi 41 syarat parol yang ditetapkan sepanjang menjalani perintah itu.
"Dalam tempoh itu, Dr Mohamad Khir menjalani program intervensi iaitu menghadiri pelbagai program kemasyarakatan yang merupakan sebahagian daripada usaha membawa semula bekas banduan ke dalam masyarakat serta tidak melanggar mana-mana syarat yang dikenakan ke atasnya seperti melaporkan diri seminggu sekali di Pejabat Parol Daerah Klang.
Dr Mohamad Khir, 51, menjalani hukuman penjara 12 bulan bermula 29 Sept 2015 setelah Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah menggunakan kedudukannya bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam untuk dirinya dan isteri yang bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Beliau kemudian menjalani perintah parol bermula 29 Mac lepas setelah menjalani enam bulan hukuman penjara.
Dr Mohamad Khir yang merupakan Menteri Besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, dan menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata Jabatan Penjara tidak pernah memilih kasih dalam menentukan mana-mana banduan yang layak mendapat parol kerana perintah itu ditentukan oleh Lembaga Parol mengikut syarat yang ditetapkan.
Antara syarat itu ialah hukuman penjara yang dikenakan harus lebih daripada setahun serta kesalahan yang dilakukan bukan dalam kategori kesalahan yang ditetapkan dalam Jadual Keempat Akta Penjara 1995.
"Justeru itu, tidak timbul dakwaan mengatakan Jabatan Penjara pilih kasih. Saya berharap masyarakat faham bagaimana sistem parol ini berfungsi dan tidak mempolitikkannya," katanya.
Abdul Aziz berkata sejak sistem parol dilaksanakan pada 26 Julai 2008, seramai 13,160 banduan dibenarkan menjalani baki hukuman di luar penjara dengan 625 orang daripadanya sedang menjalani perintah itu.
Bernama
Wed May 25 2016

Dr Mohamad Khir turut mematuhi 41 syarat parol yang ditetapkan sepanjang menjalani perintah itu. - Gambar fail

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.

Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas
Ratusan peguam berhimpun menyertai Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia pada Jumaat.

PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik
Mereka ialah Siki Balarik di kerusi DUN Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang).

"Saya bersama Pakatan Harapan" - Maszlee Malik
Maszlee berkata, beliau masih Ahli Parlimen Bebas, biarpun tular gambarnya menyertai sidang mesyuarat video bersama Ahli-ahli Parlimen PKR.

Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas dan selamat untuk tujuan komersial tanpa sebarang aktiviti ketenteraan atau dijadikan sebagai medan konflik persaingan kuasa-kuasa besar.

Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang
Maszlee Malik umum tarik diri daripada parti Pejuang, ikrar teruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung
Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.

13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong
Hari Kemerdekaan ke-63 amat bermakna buat 13 banduan yang dipenjarakan seumur hidup pada 2001 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila dibebaskan atas pengampunan Yang Di-pertuan Agong

Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit
Bekas Perdana Menteri itu menitipkan pesanan kepada Amir Khusyairi agar tidak 'menjual diri' kerana wang.

Slim Memilih: Penduduk Orang Asli harap jambatan 'usang' dibaik pulih
Jambatan yang menghubungkan kampung Changkat Ramu dan Buloh Seruas itu digunakan penduduk setempat sejak tahun 1980-an lagi.

Chini Memilih: SPR keluarkan 156 kertas undi pos - Pengerusi SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 156 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Ahad.