awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambah baik perkhidmatan p-hailing, jamin keselamatan penunggang - Loke

Bernama
Bernama
05/01/2023
11:29 MYT
Tambah baik perkhidmatan p-hailing, jamin keselamatan penunggang - Loke
Kementerian Pengangkutan akan menambah baik perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan menggunakan motosikal (p-hailing) terutama bagi memastikan aspek keselamatan penunggang terjamin, kata Anthony Loke Siew Fook. - Gambar fail
SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan akan menambah baik perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan menggunakan motosikal (p-hailing) terutama bagi memastikan aspek keselamatan penunggang terjamin.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat, bukan hanya tertakluk kepada penunggang malah kepada syarikat platform berkenaan memandangkan ia merupakan antara industri besar dalam negara.
"Yang penting apa kita nak lakukan adalah untuk aspek keselamatan mereka, kita bukan nak susahkan mana-mana pihak gig ekonomi kerana kita tahu mereka juga ada masalah di lapangan tapi kita nak tekankan aspek keselamatan penunggang.
"Kita tak nak lihat penunggang ini sebab nak cari rezeki, mereka bawa laju (motosikal) sehingga membahayakan diri, itu bentuk tambah baik yang kita akan lakukan nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya 2023, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, kementeriannya setakat ini belum mempunyai apa-apa keputusan berhubung meluluskan perkhidmatan teksi motosikal atau 'gojek' sebagai alternatif pengangkutan awam di negara ini.
Loke berkata, sememangnya terdapat permintaan daripada syarikat tempatan untuk menjadikan perkhidmatan itu sebagai projek rintis, namun, pihaknya perlu melihat mod kesesuaian selain kesediaan rakyat untuk menerimanya.
"Budaya kita di Malaysia lain daripada Indonesia dan Thailand. Kalau di Bangkok dan Jakarta, memang ia mod yang diterima umum tetapi di negara ini, saya rasa rata-rata kita tidak begitu sedia lagi menggunakan motosikal sebagai teksi," katanya. - BERNAMA
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#p-hailing
#perkhidmatan penghantaran barangan
#Anthony Loke Siew Fook
#Kementerian Pengangkutan
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan