awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambahan 737 penerbangan domestik sempena musim perayaan

Bernama
Bernama
07/05/2019
07:02 MYT
Tambahan 737 penerbangan domestik sempena musim perayaan
Penerbangan tambahan diadakan daripada 23 Mei hingga 16 Jun ini, meliputi perayaan Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.
Sebanyak 737 penerbangan domestik akan ditambah oleh dua syarikat penerbangan terbesar negara, AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS), sempena beberapa perayaan, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar berkata perkara itu telah dipersetujui pihak terlibat dan penerbangan tambahan diadakan daripada 23 Mei hingga 16 Jun ini, meliputi perayaan Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.
"Kita akan menambah 737 penerbangan lagi berbanding 3,776 penerbangan berjadual sedia ada," katanya ketika sesi soal jawab lisan.
Beliau menjawab soalan tambahan daripada Senator Muhamad Mustafa yang ingin tahu sebab harga tiket penerbangan lebih tinggi pada musim perayaan walaupun membuat tempahan awal.
Kamarudin berkata penambahan itu merupakan langkah kerajaan memastikan khidmat penerbangan dapat menampung peningkatan permintaan di samping mengawal harga tiket penerbangan.
Beliau berkata kerajaan bagaimanapun tetap dengan pendirian untuk tidak menetapkan sebarang kawalan harga siling dan lantai bagi setiap penerbangan domestik serta membenarkan syarikat penerbangan menetapkan harga berdasarkan keputusan komersial masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#AirAsia
#balik kampung
#Hari Gawai
#Malaysia Airlines
#muhamad mustafa
#penerbangan
#perayaan
#Pesta Kaamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan