MALAYSIA
Tambahan masa dua minggu kepada 19 penduduk Kampung Jawa kosongkan tanah bina WCE - Exco
Borhan berkata, surat rasmi penangguhan telah diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Klang bagi tujuan terbabit. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersetuju memberikan tambahan masa selama dua minggu bermula hari ini hingga 24 Nov kepada 19 penduduk Kampung Jawa, Klang yang terlibat dalam arahan mengosongkan tanah masing-masing bagi kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).
Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor Datuk Borhan Aman Shah berkata surat rasmi penangguhan telah diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Klang bagi tujuan terbabit, dengan keputusan itu dibuat mengambil kira keperluan penduduk untuk menguruskan pemindahan masing-masing.
"Namun, saya ingin ingatkan selepas ini tiada lagi masa tambahan yang akan diberi kerana projek ini bukan sahaja bakal memberi manfaat kepada rakyat Selangor tetapi juga Malaysia secara keseluruhan.
"Projek perlu diteruskan segera kerana sudah lama tertangguh," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata kesemua penduduk terlibat juga telah disediakan kemudahan kediaman sementara menerusi Skim SMART Sewa dan telah dibayar pampasan yang sesuai oleh pihak WCE.
EXCO-WCE (PENDUDUK) 2 (AKHIR) SHAH ALAM
Pada 3 Nov lepas, Borhan dilaporkan berkata kerajaan negeri memberikan tempoh tujuh hari (hingga 10 Nov) kepada 19 penduduk terlibat untuk mengosongkan tanah masing-masing selepas dipersetujui dalam mesyuarat yang diadakan bersama penduduk terlibat serta agensi berkaitan antaranya WCE dan Pejabat Tanah Galian Selangor serta pihak berkuasa tempatan.
?Sebelum ini media melaporkan keengganan 19 pemilik tanah di Kampung Jawa mengosongkan kediaman melibatkan jajaran 150 meter menjadi punca utama projek Lebuhraya WCE yang kini lebih 90 peratus siap masih tergendala.
?Lebuhraya WCE merupakan projek infrastruktur utama negara melibatkan rangkaian sepanjang 233 kilometer yang dirancang bagi menghubungkan Banting, Selangor ke Taiping, Perak serta turut berfungsi sebagai laluan alternatif ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bagi mengurangkan kesesakan.
-- BERNAMA