awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambahan stok 30 peratus kepada peruncit di musim banjir - KPDNHEP Kelantan

Bernama
Bernama
25/10/2022
23:00 MYT
Tambahan stok 30 peratus kepada peruncit di musim banjir - KPDNHEP Kelantan
Azman bersama pegawainya membuat pemeriksaan dan pemantauan harga sempena Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali di sebuah pasar raya di Kota Bharu, 25 Okt 2022. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan membenarkan tambahan stok sebanyak 30 peratus kepada 67 peruncit di negeri itu bermula 1 Nov.
Pengarahnya Azman Ismail berkata tindakan itu dilakukan sebagai persediaan menghadapi musim banjir yang dijangka tidak lama lagi.
"Setakat ini kami cukup bersedia untuk musim tengkujuh kecuali berlaku perkara di luar kawalan.
"Biasanya tambahan dilakukan pada awal November. Barangan yang ditambah biasanya beras, ayam, telur dan barangan keperluan asas lain," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjalankan Pemantauan Pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2002 di sebuah pasar raya di Pengkalan Chepa, di sini semalam.
Mengulas lanjut, Azman berkata sekiranya berlaku bencana di luar jangkaan pihaknya akan mendapatkan bekalan daripada negeri yang tidak terlibat banjir bagi membolehkan keperluan barangan kepada orang ramai tidak terputus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#KPDNHEP Kelantan
#tambahan stok peruncit
#Azman Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan