awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saringan di pintu masuk negara wajar, kekang penularan virus Nipah - Pakar
Aset Jamal Yunos lebih RM66,000 disita hari ini - Peguam Teresa Kok
Penguatkuasaan JPJ terhadap kenderaan berat sepanjang tahun - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambang feri ke Langkawi naik RM3 hingga RM3.50

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
04/08/2022
08:49 MYT
Tambang feri ke Langkawi naik RM3 hingga RM3.50
Jelas Baharin, kenaikan ini terpaksa dikenakan selepas terakhir kenaikan tambang feri Langkawi adalah pada 15 Disember 2007. - Gambar fail
KUALA KEDAH: Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd hari ini mengumumkan kenaikan kadar tambang baharu bagi laluan feri Langkawi dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis yang akan berkuat kuasa mulai 5 Ogos 2022.
Menurut Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium, Kapten Baharin Baharom, bagi laluan Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi, kenaikan sebanyak RM3 akan dikenakan yang mana tambang baharu dewasa adalah sebanyak RM21 berbanding RM18 sebelum ini.
Bagi kanak-kanak pula, tambang baharu adalah sebanyak RM16 berbanding RM13 sebelum ini bagi laluan sama.
Sementara itu, bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi pula, kenaikan sebanyak RM3.50 akan dikenakan.
Harga tambang baharu bagi dewasa adalah sebanyak RM26.50 berbanding RM23 sebelum ini manakala tambang baharu bagi kanak-kanak adalah RM20.50.
Bagaimanapun, jelasnya kadar tambang bagi penduduk Langkawi melibatkan semua had umur kekal pada kadar asal sebelum ini.
Tambah Baharin, kenaikan itu terpaksa dikenakan selepas kali akhir tambang feri Langkawi dinaikkan adalah pada 15 Disember 2007 iaitu RM5 bagi laluan Kuala Kedah dan RM3 bagi Kuala Perlis.
Situasi itu menjadikan kadar tambang feri di Langkawi adalah yang terendah di Malaysia ketika ini.
Tegasnya, Konsortium juga tidak terkecuali dengan polisi kadar upah yang diwartakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
Beliau turut menyatakan bahawa harga diesel industri juga telah melonjak secara mendadak menjadikan kenaikan tambang feri Langkawi ini tidak dapat dielakkan.
Topic Berkaitan
#kadar tambang feri
#feri lamgkawi
#naik harga
#Kuala Kedah
#Kuala Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan