awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambang RM5 sehala tren Shuttle Tebrau untuk warganegara mulai 1 Ogos

Bernama
Bernama
16/02/2024
05:36 MYT
Tambang RM5 sehala tren Shuttle Tebrau untuk warganegara mulai 1 Ogos
Bagi menikmati keistimewaan ini, warganegara Malaysia perlu mendaftar akaun di aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan membuat pengesahan kad pengenalan terlebih dahulu di kiosk atau kaunter tiket di seluruh rangkaian KTMB.
KUALA LUMPUR: Bermula 1 Ogos ini, warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan tren Shuttle Tebrau bakal menikmati tambang RM5 sehala dari JB Sentral ke Woodlands, Singapura dan sebaliknya, dengan jualan tiket akan mula dibuka pada 29 Feb ini.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan ketika ini kadar tambang dari JB Sentral ke Woodlands adalah RM5 manakala bagi perjalanan sehala dari Woodlands ke Johor Bahru adalah SGD5.
"Pelarasan semula kadar tambang ini akan memanfaatkan kira-kira 40,000 rakyat Malaysia yang bergantung kepada mod perkhidmatan kereta api untuk berulang-alik antara JB Sentral dan Woodlands, apabila tidak perlu lagi membayar tambang berharga SGD5 dari Woodlands," katanya.
Bagi menikmati keistimewaan itu, KTMB berkata warganegara Malaysia perlu mendaftar akaun di aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan membuat pengesahan kad pengenalan terlebih dahulu di kiosk tiket (TVM) atau kaunter tiket di seluruh rangkaian KTMB.
KTMB juga akan membuka kaunter tambahan di JB Sentral bagi memastikan kelancaran pengesahan kad pengenalan yang dilaksanakan dari 19 Feb hingga 1 Mac.
Menurut kenyataan itu, pengesahan kad pengenalan adalah sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahguna tambang warganegara.
Pengguna juga dinasihatkan mendaftar akaun KITS dan mod pembayaran tiket boleh dilakukan melalui KTM Wallet, E-wallet Touch Go, E-wallet Boost, kad debit serta kad kredit, dan untuk sebarang maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-22671200 atau mendapatkan maklum balas segera melalui Messenger Facebook rasmi KTMB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KTMB
#Shuttle Tebrau
#Singapura
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan