MALAYSIA
Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Khairul Aming terima anugerah sempena Maulidur Rasul 2025
Kesemua anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M.
SERDANG: Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2025 dalam majlis sambutan peringkat kebangsaan yang berlangsung di MAEPS, Serdang, hari ini.
Ringkasan AI
Pengiktirafan tersebut diberikan atas sumbangan beliau dalam pembinaan beberapa buah masjid, menjadikannya penerima utama bagi anugerah berprestij itu.
Mengulas pemilihannya, Abdul Rashid menyatakan rasa terharu dan menganggap anugerah itu sebagai penghargaan terhadap peranannya di Tabung Haji.
“Anugerah ini semestinya hasil daripada sumbangan Tabung Haji. Sama ada ia diambil kira ataupun tidak, saya tidak pasti. Tapi saya harus mengakui bahawa Tabung Haji memainkan peranan besar bagi saya ketika ini,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian anugerah.
Turut menerima pengiktirafan ialah pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming, yang dianugerahkan dalam kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya.
Pelakon Angeline Tan pula diumumkan sebagai penerima bagi kategori Saudara Baru Cemerlang (Muallaf).
Kesemua anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M.
Ringkasan AI
- Tan Sri Abdul Rashid Hussain diiktiraf atas sumbangan dalam pembinaan masjid sempena Maulidur Rasul 2025 peringkat kebangsaan.
- Khairul Aming dianugerahkan kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya, manakala Angeline Tan terima anugerah Saudara Baru Cemerlang.
- Semua anugerah disampaikan oleh Sultan Ibrahim dalam sambutan rasmi di MAEPS, Serdang.