awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tan Sri Dr Madinah Mohamad dilantik Ketua Audit Negara yang baharu - KSN

Bernama
Bernama
20/02/2017
07:25 MYT
Tan Sri Dr Madinah Mohamad dilantik Ketua Audit Negara yang baharu - KSN
Tan Sri Dr Ali Hamsa menyampaikan surat pelantikan kepada Tan Sri Dr Madinah Mohamad sebagai Ketua Audit Negara yang baharu di pejabatnya hari ini. - Bernama
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baharu untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb ini, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Tan Dr Dr Ali Hamsa.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata pelantikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 22 Feb.
Katanya berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan Madinah.
Madinah, 60, berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik daripada Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sains dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia masing-masing daripada Universiti Putra Malaysia.
Beliau merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan sebelum bersara wajib pada 3 Sept tahun lepas.
Sementara itu, Ali berkata kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ambrin di atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Audit Negara sejak 23 Feb 2006, khususnya dalam usaha-usaha mentransformasikan dan menstrukturkan semula sistem pengauditan kerajaan serta mengukuhkan sistem pengurusan kewangan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ambrin Buang
#Ketua Audit Negara
#Madinah Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan