MALAYSIA

Tan Sri Musa Aman ditahan SPRM

Astro Awani 05/11/2018 | 03:29 MYT
Musa (gambar) dijangka berdepan beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, pagi ini, berhubung satu siasatan kes rasuah.
Beliau ditahan selepas SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara terdahulu hari ini, dan akan menghadapi pertuduhan di mahkamah petang ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM, penahanan telah dibuat pada jam 10.05 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
"Susulan itu, Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
"Musa akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 November, 2018, jam 2 petang, untuk pertuduhan tersebut," jelas kenyataan berkenaan.
#Ketua Menteri #Kuala Lumpur #mahkamah #Musa Aman #Putrajaya #SPRM