awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid Homs ragut tiga nyawa, lima cedera
14 cedera dalam serangan pisau, semburan cecair di kilang Jepun
Tapir jantan mati dilanggar kenderaan di Kemaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah adat Melaka meningkat 28 peratus sejak 2006 - Idris

Bernama
Bernama
06/02/2017
14:10 MYT
Tanah adat Melaka meningkat 28 peratus sejak 2006 - Idris
Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron menafikan MCL semakin berkurangan, malah menegaskan telah mencatatkan peningkatan sejak 2006. - Gambar fail
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menafikan Tanah Adat Melaka (MCL) semakin berkurangan, malah menegaskan telah mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus sejak 2006.
Beliau berkata ini berikutan terdapat banyak permohonan daripada pemilik tanah yang mahu ubah status kepada MCL kerana mahu mengekalkan tanah itu sebagai warisan kepada anak cucu.
Idris berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas dakwaan bahawa tanah MCL telah berkurangan, selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka anjuran Pos Malaysia Melaka, di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Naim Abu Bakar dan Pengurus Besar Pos Melaka Ahmad Seman.
Sementara itu ketika ditanya mengenai gelombang cuaca panas fenomena El Nino yang dijangka bermula Mac ini, Idris berkata kerajaan negeri telah membuat persediaan bagi menghadapinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Idris Haron
#MCL
#Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan