awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah mendap: Laluan dibuka semula, patuhi had laju - ANIH Berhad

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
28/07/2023
02:20 MYT
Tanah mendap: Laluan dibuka semula, patuhi had laju - ANIH Berhad
Laluan arah ke Kuala Lumpur telah dibuka kepada semua kenderaan. - Foto Facebook/Lebuhraya Pantai Timur
KUALA LUMPUR: Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ANIH Berhad mengumumkan pembukaan semula laluan di Kilometer 66.1 selepas insiden mendapan tanah yang berlaku, Rabu lalu.
Dalam satu kenyataan, ANIH Berhad turut menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi had laju yang ditetapkan dan berhati-hati semasa memandu di kawasan tersebut.
"Semua pihak terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bomba, Malaysia Rail Link (MRL) telah membuat penilaian segera dan dengan kelulusan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengambil tindakan pemulihan segera.
"ANIH bersama pihak terlibat ini bekerjasama dalam memudahkan pembukaan semula lebuh raya dengan segera dan memastikan keselesaan dan keselamatan semua pengguna jalan raya.
"Tindak balas yang terselaras daripada pasukan ANIH bersama-sama dengan sokongan pihak yang berwajib memainkan peranan penting dalam menyelesaikan keadaan dengan pantas semasa usaha pemulihan," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Sebelum ini, sebahagian laluan KLK itu ditutup di kedua-dua arah ekoran kejadian tanah mendap di KM66.1 pada malam Selasa, dipercayai akibat kerja pembinaan berkaitan laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
ANIH Berhad turut menyatakan komited untuk mengekalkan standard keselamatan tertinggi dan pemantauan berterusan keadaan jalan raya.
"Keselamatan dan kesejahteraan semua pengguna jalan raya sentiasa menjadi perhatian utama kami.
"Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, para pengguna disarankan untuk mengikuti saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter, (@LPTTrafik) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter (@llmtrafik) dan Facebook (@Lembaga Lebuhraya Malaysia) .
Untuk sebarang kecemasan, sila hubungi LPT - Line di 1-700-818-700 atau LLM di 1800-88- 7752," ujarnya.
Topic Berkaitan
#tanah mendap
#KLK
#Anih Berhad
#pembukaan semula laluan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan