awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah milik kerajaan Pahang di Sungai Perdak, Bentong dikesan diceroboh

Bernama
Bernama
27/11/2024
15:29 MYT
Tanah milik kerajaan Pahang di Sungai Perdak, Bentong dikesan diceroboh
Wan Rosdy berkata, kawasan yang diceroboh itu terletak di lokasi tersorok antara Hutan Simpan Kekal Lentang Tambahan serta bersempadan dengan tanah Negeri Sembilan. - Gambar fail
KUANTAN: Kira-kira 404 hektar (1,000 ekar) tanah milik kerajaan negeri Pahang di Sungai Perdak, Mukim Sabai, Bentong dikesan telah diceroboh, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata kawasan yang diceroboh terbabit terletak di lokasi tersorok dan tersepit antara Hutan Simpan Kekal Lentang Tambahan serta bersempadan dengan tanah Negeri Sembilan.
Wan Rosdy berkata hasil siasatan mendapati, kawasan tersebut telah ditanam dengan pokok durian dan kerajaan negeri memandang serius aktiviti pencerobohan berkenaan.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) untuk mengambil tindakan penguatkuasaan.
"UPNP telah melakukan serbuan ke kawasan terbabit hari ini dan menyita rumah pekerja serta peralatan yang ditemukan. Malah, saya juga mengarahkan agar pokok durian yang ditanam dimusnahkan bagi memastikan aktiviti pencerobohan tidak terus berlaku," katanya dalam kenyataan malam ini.
WAN ROSDY - TANAH 2 (AKHIR) KUANTAN
Wan Rosdy berkata tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan mengikut Seksyen 426A(1)(c) Kanun Tanah Negara (Akta 828).
Beliau berkata kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang tanah dan mencemarkan integriti sumber alam negeri itu.
"Aktiviti pencerobohan seperti ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi juga boleh memberikan impak buruk kepada alam sekitar dan komuniti setempat," katanya.
Justeru, Wan Rosdy menegaskan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penerokaan tanah secara haram akan dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya.
"Kerajaan negeri akan memastikan semua tanah milik kerajaan dipelihara demi kepentingan rakyat dan kelestarian alam sekitar," katanya.
Sementara itu, beliau berharap kerjasama daripada orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti penerokaan haram dan menghargai usaha tersebut.
"Sama-sama kita memastikan Pahang terus terpelihara dan bebas daripada aktiviti pencerobohan yang tidak bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah diceroboh
#tanah kerajaan pahang
#hutan simpan kekal lentang tambahan
#pokok durian
#UPNP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan