awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah perkuburan Islam WP mencukupi - Zulkifli

Bernama
Bernama
17/07/2021
11:07 MYT
Tanah perkuburan Islam WP mencukupi - Zulkifli
Tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan masih mencukupi bagi menampung pengebumian termasuk jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19, kata Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan masih mencukupi bagi menampung pengebumian termasuk jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau bagaimanapun berkata perbincangan bersama Majlis Fatwa Kebangsaan akan diadakan bagi melihat secara serius keperluan penambahan tanah perkuburan umat Islam di Wilayah Persekutuan, yang ketika ini amat terhad berbanding di negeri lain.
"Saya telah laporkan perkara ini kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan ia perlu dibincangkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) kepada golongan memerlukan di sini hari ini.
YWM memperuntukan sumbangan pek barangan makanan keperluan di bawah Program Dana Perlu berjumlah RM11,250 yang memanfaatkan 225 penerima terdiri daripada pemandu teksi, veteran Angkatan Tentera Malaysia dan individu terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah perkuburan Islam
#Wilayah Persekutuan
#pengebumian
#jenazah
#meninggal dunia
#COVID-19
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#majlis fatwa kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan